Pages

02 October 2014

Alhamdullillah kami selamat sampai di shopping mall. Berfikiran sepanjang jalan masa drive, akhirnya aku bawa dieorg makan di SeasOnS##. Apa lagi, spring chicken la babe. Pastu ada pulak promotion utk warga emas. Memang rezeki mama betul.... Bak kata pepatah, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati" memang senang sekali! Baru la semangat balik nk jenjalan kan. Aku beratur beli tiket utk pameran tu. Again, mama la yg paling untung, tiket warga emas free. Princess pulak, walaupun masih kecil, tapi ketinggian dh lebih had, kene bayar juga. Tak pe la, ini umi belanja! Hehehhe...

Merayap dlm tempat pameran, memang tak lekang hp dari tangan. Snap gambar budak berdua tu sana sini. Budak sekarang tak payah di ajar mcmana nk pose, ada aje idea nk posing sendiri. Senang kerja kite. Paling kelakar bila mama sanggup beratur nk ambik gambar dalam drawer bilik nobita... Sape kata warga emas tak suka tempat2 mcm tu (mungkin mama aku je yg suka kot, hihihi!) 

Dengan penuh pengharapan boleh jadi cerdik pandai makan la bread ni...Amin

Selesai sesi berfoto semua, mama n aku pegi tempat beli barang souvenir. Beli apa2 yang patut je. Pastu semua dh penat. Balik ke rumah la kami mengumpul tenaga utk dinner mlm nnti. 

The next day, aku keje. Walaupun setengah hari, lunch time tu aku balik juga lunch dengan semua. Merasa la makan masakan mama. Walaupun lauk simple2 aje, tapi siapa lah yg dapat menandingi masakan ibu sendiri. Mama masak ikan bilis goreng cili api fav arwah papa. How I actually miss arwah papa's cooking so much. Walaupun takkan dapat rasa lagi sampai bila2, tapi memory tu masih segar sampai hari ni. Sista n hubbynya belum habis conference. Esok paginya baru sampai. Lepas lunch aku balik ofc balik dan singgah beli pisang grg 'must taste' otw balik. Beratur punya la panjang, tapi demi mereka yg tersayang, aku sanggup berdiri setengah jam tunggu turn. Nasib baik servis cepat. Maka menu minum petang, pisang grg panas 'must taste' hihihi....

The next morning, sista n hubby nya dah sampai. Takde aktiviti sangat sebab semua lepak. Tengok tv dan borak2 aje. Lewat petang baru gerak ke J*&PO. Mama kata mau shopping. Mcm lain mcm aje bunyi nya. Mama jarang ckp nak shopping. Takpe la, aku ikutkan aje. Sampai sana, memang shopping sakan dia. Aku layan kan. Sista n hubby nya entah dh kemana, prince n princess mcm biasa, mesti la dengan fav umi dia kan...aku la tu!!! Kesana sini dan akhirnya mama decide beli handbag... dlm hati aku (handbag lagi?!) Colour putih kau! Hambek!!! 

Dan yang paling seronok sekali, aku jugak dpt hadiah birthday in advance!Bukan satu tapi dua!!(buy 1 free 1, hahahha!!!) Yeay!!! (Tq mama sayang!) Allah betul2 mendengar keluhan hati aku yg nak sangat barang tu, akhirnya Allah bukakan hati mama utk menyampaikan rezeki tu pd aku rupanya, Subhanallah, syukur sgt2.... Walaupun belum birthday, tapi aku yg superduper excited ni dah bergaya dengan hadiah tu.... poyo kan?! :p

Dinner malam tu aku bawa dieorg makan kat famous de amos nasi lemak special... rasa memang sedap, tapi yang buat lagi sedap tu ialah nama kedai tu WAK tut............ Hehehhee!!! Yang paling enjoy makan malam tu sudah pastinya prince n princess...nasi lemak dengan ayam goreng,,,pergh memang la masukkan?! 

The next morning, dieorg bertolak balik KL#$city. Secara keseluruhannya, aku puas hati kali ni. Masa yang sangat terisi dengan semua yang aku harapkan. Amin....

Terima kasih Allah untuk semua ini :)

Di kesempatan ini, aku nk ucapkan pada semua:

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Korban itu membawa erti yang lebih dari sembelih lembu dan kambing ;)

No comments: