Pages

01 October 2014

3 weeks?!!!!

Apa??? Dah 3 minggu???? My oooo My...

Cepat betul masa berlalu... dah 3 minggu tak menulis di sini. Ada menulis di sana ke? Eh?! Hahahah... Dah dasar aku ni malas menulis, nak buat mcmana kan? Bila baca semula post2 terdahulu, betapa terkesannya di hati, memori yang takkan ada galang ganti nya lagi... so better tulis jugak, nnti tiada memori :) ----> kalau tak paham ayat harap maaf lah yer.

2 weeks ago, mama came here...with both of my prince (si kentang) and princess (si tiny), with sista n her hubby...rumah memang penuh. Riuh suara mereka. Mereka sampai lewat Isnin tu, aku dh mcm ibu kucing hilang anak. Kejap2 whatapps tanya di mana. Akhir nya sampai juga, alhamdullillah. Dah berancangan selama seminggu sebelum, penat otak mahu entertain mereka di mana. Akhirnya hari tu sampai juga. 

Malam pertama lepas bawa mereka dinner, 1st stop aku bawa mereka ke BzKrt. Lebih kurang up-town kita kalau di KL tu... they seems very happy. Mama tak abis2 snap foto sana sini. Asal ada barang unik yang di jual, mama pasti snap. Mcm dh sama dengan arwah papa pulak perangainya. Prince and Princess sudah pastinya cukai barang la bila ke tempat mcm tu....

The next morning, semua bersiap2 beg utk pg short trip ke DesaRu...itu pun yang paling dekat kan. Dah nama pun short trip. Short trip ni memang khas aku dedicate utk mama, prince dan princess. Dah lama aku tak bawa dieorg keluar dari KL tu utk vacation. Semua pun berjalan lancar. Sista n hubby hanya singgah ke hotel sampai petang, sbb malam tu dieorg berdua dh kene check-in untuk their conference somewhere near by. So its just the 4 of us... 

Lepas check-in, prince dh mcm cacing kepanasan. Terus tukar baju mandi dan merenget nak mandi swimming pool. Aku layankan aje. Aku pun tukar baju dan teman dia mandi. Mama turun sama. Petang tu, puas sgt dapat ambil angin pantai dengan mama. Mendengar luahan hati mama, aku in between yes n no. Mama berulang kali tanya "A sayang mama tak?" sambil terketar suaranya di iringi genangan airmata di kelopak mata. Keliling mata dan hidungnya sudah pink, sekali kelipan matanya sudah menjatuhkan deraian airmata. Aku cuma mampu melihat dan tersenyum lalu memeluk dia erat lalu aku jawab "Mesti la A sayang mama. A cuma ada seorang ibu je dalam dunia ni" Lantas mama terus sambung berkata "Mama nak A balik. Balik pada mama dan jaga mama"...."Yer...A pasti balik. Itukan rumah kita"...."Tapi bila? Setahun, 2 tahun, 5 tahun?"....."Nanti A usahakan yer..." ----->situasi yg aku sengaja membiarkan ia tergantung...

My prince making new friends.....
Prince memang entah kemana, membawa diri mandi di swimming pool....sekejap tu dia naik dan join kami di tepi pantai bila nampak princess yg berpakaian lengkap swimming suit sexy nya turun dgn sista. Kami semua melangkah menghampiri gigi pantai. Aku dan prince dh terselam2 dalam deruan ombak besar....princess takut2. Terus aku naik ke pantai dan dukung dia. Aku tak peduli dah dengan jeritan princess...seronoknya dengar budak kecik menjerit. Hhehehe. 

Mama juru foto kami petang tu. Sambung mandi di swimming pool pula, sekali lagi aku selamkan princess. Sista dah rimas dengar princess jerit2 lalu dia mintak princess naik. Hari dh nak senja, semua tangan dh kecut main air...naik, dan kami ready utk dinner.

Aktiviti malam hari sebelum tido ;)   
The next morning, lepas dh kenyang breakfst, prince dh tak tahan2 nk mandi pool lagi (prince tak berapa nak makan sbb tarikan pool lebih super haibat). Aku lepas kan aje...biar lah, lagipun dh nk check out dh tengahari. Princess memang tak mau mandi langsung. So aku, mama and princess ke pantai lagi. Ambil angin. Sesi ber- we-fie la kami bertiga. Mama n princess dh berbaringan dalam hammcock. Tangan aku lambai pada prince ajak dia mandi pantai pulak.

Dia pun datang...kali ni aku malas nk mandi. So temankan dia je. Kejap tu mama dtg dgn princess. Rupanya mama pulak yg nak mandi. Maka jurufoto pagi tu aku. Princess duduk sebelah aku tak berganjak. Lepas mandi pantai, mama mandi di pool pula. Bila tengok mama berenang, aku teringat gambar2 mama dalam album masa dia muda2 dulu. Penuh satu album gambar mama berenang di merata tempat, semua pun arwah papa yang ambil. Then I realized, arwah papa kurang bergambar, sebab dia yang akan ambil gambar kami bertiga dalam setiap percutian yang kami pergi. Mama menggayakan aksi kuak lentangnya...and I remember that I learnt to swim the same way from her too. Berbaring dalam air itu suatu nikmat, cuba kalau tak percaya :) Kita hanya akan dengar air dan mata akan hanya nampak langit -----> itu ketenangan

Dah ready nk check-out :)
Selesai mandi, kami semua naik dan bersiap utk check out. Perut semua dah lapa balik, aku drive menuju pulang terus masuk town, sbb aku baru teringat nk bawak prince n princess pegi tgk pameran DoreaMoN. Lunch kenyangkan perut dulu baru seronok nak jalan2 kan?! ....

Bersambung.....

2 comments:

el said...

Comel-comel anak asya :)

fabulousasya said...

Tq el, Budak2 semua pun comel kan! :)