Lately ni busy, penat, sakit semua ada...
Banyak dugaan yang datang menimpa. Tak tertulis dalam blog ni. Bila hati rasa sunyi, baca blog kawan2 dan cuba menempatkan diri dalam setiap cerita dalam blog yang di tulis.
Berminggu yang sudah, sis bawa mama bercuti ke Australia. Untung la mama... well, tercapai juga cita2 mama nk ke sana. They had fun. I am soooo happy for them.... This week, mama nk ke Vietnam pulak dgn best friend dia...Untung lagi mama... Allah dh bagi rezeki utk mama jalan2. Tu la, selalu bising tak jalan kan? Ha, Allah dh bagi jalan sekarang, jalan la sampai lebam :)
Cinta dah baik batuk, sekarang ni aku pun baru nak recover. Semua nya penangan tgk bola...eh, lupa nk cerita hihihi, kami pegi tgk bola kat stadium hari tu... walaupun team yg kami sokong kalah, well, moments tu yg penting (ini kata2 org yg tak berapa minat bola). Mana tak penting moments tu... dgn my prince pun ikut sekali. Tak dpt nk cerita la mcmana seksa nya nk masuk stadium. Sampai basah kuyup kene hujan. Sejuk duduk dlm stadium...huhuhu memang kenangan sgt!Yang penting cahaya pada mata mereka yang aku sayang waktu tu... so beautiful!!!
We sang along loudly, so patriotically (walaupun aku n prince bukan anak jati negeri) hihihi. I want my prince to actually see what life is and I am so proud to see that my prince really enjoy each and every moment on that day. Berdiri, duduk, nyanyi, menjerit ...I can't help my self from kissing his cheek everytime. Obviously he knew more about football than me, so aku memang blur kalau referee tiup wisel. Nak tanya Cinta, memang dia takkan layan aku la, focus maha dewa... so I will ask my prince. Dia yang akan bgtau aku apa dh berlaku... Nak menangis rasa time tu... dia dh besar rupanya!
Bersambungan dari hari tengok bola, seminggu aku di KL sebab tuntutan kerja. Nasib baik Cinta free. Seminggu la Cinta duduk hotel meneman aku kerja. "Tu la, selalu bising dah lama tak naik KL kan? Sekali Allah bagi, seminggu lebam duduk KL kan Cinta?" Hihihihi :D
Kat sini Kaseh nak ucap terima kasih pada Cinta sebab sudi menemani. Bukan setakat menemani je, terima kasih sebab banyak tolong Kaseh ke hulu ke hilir cari sample sampai ke Chow Kit. Pegi print poster malam2 buta... thank you so much Cinta. Dan sebagai hasilnya, medal kemenangan itu untuk Cinta juga... Alhamdullillah rezeki lagi tahun ni. Walaupun menyertai pertandingan research kali ni secara bidan terjun. Alhamdullillah, rezeki dari Allah :)
![]() |
| Walaupun medal ini cuma medal, tapi ia membuka sedikit ruang dan harapan untuk aku teruskan apa yang aku usahakan selama ini :) |
Now Cinta tau kan Kaseh ni memang gelabah giler org nya...heheheh gelabah bawak balik medal ok lah kan sayang?! :p
Ermmm apa lagi yg jadi yer... ooo, alhamdullillah, dalam pada tak sehat, aku dapat juga sempurnakan permintaan mama untuk tahun ni tolong dia di konsert sekolah.
Oleh sebab tekanan2 selama sebulan ni, maka lambat sikit la aku nk recover dari batuk selsema ni. InsyaAllah minggu ni semakin baik kot :)
Amin.....

No comments:
Post a Comment