Tajuk atas tak bole angkat you!!!
Hari ni nak bukak topik Jealous* Kite selalu dengar ungkapan "cemburu tandanya sayang" kan? Tapi betul ke? Betul la kot...tapi jealous ni datang dalam pelbagai bentuk. Sebelum aku lari topik nak bebual pasal erti tersirat tersurat cemburu, baik lah korang bukak aje malay dictionary yeh. Sebab aku bukan nk cerita sangat pasal makna hari ni.
3 hari holiday minggu lepas aku spent time dengan Cinta. Walau sepatutnya aku pulang kampung halaman, tapi ada perkara yang wajib di elakkan, maka aku butakan mata dan pekakkan telinga untuk tidak pulang ke kampung halaman. Dalam hati merintih sedih rindukan mereka yang tersayang, tapi apakan daya perkara wajib elak, kene elak lah kan?!
3 hari la aku menumpang kampung Cinta pula kekaedahnya. Kebetulan kakak Cinta buat kenduri arwah, maka aktiviti agak sibuk. Pagi2 dah bangun awal ikut bonda Cinta ke pasar. Sempat lagi beli jubah (thanx to bonda Cinta yang amat supportive bila tiba part ber-fashion) Aku dan Cinta beli jubah sama tapi tak serupa! Balik dari pasar, tolong memasak (aku tolong buat tauhu sumbat aje)...Masa cepat berlalu, sedar2 dah nak maghrib. Bersiap2 pakai jubah baru blink2...Cinta cantik :) Tetiba Cinta datang bawak selendang. Rupanya nak suruh lilitkan, dia nak pakai. Aku terus cair... Cinta sangat cantik bila bertudung litup. Malam tu sedara mara semua cakap Cinta cantik. Tak kurang gmbar instag dan Fb* Cinta dapat puluhan like, semua positif comments...(I told you Cinta, you are beautiful inside out) Pinjam lesung pipit bole? Kaseh kurang sebelah je lagi...
Selesai kenduri aku memang penat sangat, masuk tido awal, tak mau ganggu family bonding time Cinta. Keesokkan harinya jalan2 time. Kebetulan nak cari kasut idaman Cinta, maka banyak tempat la nk kene tawaf back and forth. Hujan awal pagi lagi. Aku decide tinggal kereta di rumah Cinta memandangkan parking free on sunday. Maka me and Cinta berjalan dalam hujan bersama menuju Mrt*. Hari menapak sedunia kot, tapi kasut idaman tak ketemu jua. Kenyangkan perut siap2, aku ajak Cinta pulang sebelum jam teruk. Nasib jam ala2 suam2 kuku gitu, maka masih ada masa untuk pegi cari kasut idaman Cinta lagi sebelum pulang kerumah.
Alhamdullillah sampai kat mall, parking sangat mudah, mungkin ada rezeki Cinta untuk kasut baru. And yes, Cinta berjaya beli kasut idaman. Tapi....masa ni lah yang aku jealous tak hingat! Hihihi... Kalau uols masih ingat yang aku tulis tentang aku jealous dengan tukang urut yang urut belakang Cinta tu...well this time, its getting worst :( Aku jealous dengan pompuan promoter boutique tu! Hahahhaha.... Mana tak jealous?! Masuk2 kedai aku dah nampak kasut yang Cinta nak, and I have been showing her for about, ada 30 seconds kot! Dia bole pegi berbual tanya promoter tu...Hello tak nampak ke aku duk menyenggeng pegang kasut ko ni??!!!! Sikit tak angkat muka cari aku ke? Tension tau. Sampai tahap rasa nak baling kasut tu ke muka je! Tapi nasib baik la aku ni sabar kan...walaupun muka aku dah tak bole nak control ni! Nak jerit panggil macam dekat sangatkan, tu yang pelik macamana Cinta bole tak nampak aku langsung! Ishhh, geramnya Tuhan aje yang tau.
Control punya control aku ni...sampai la Cinta selesai beli and keluar dari kedai. Masa tu la aku mengomel2... Cinta tetap pertahankan yang dia takde niat apa2! Ok, Yes, deep down inside, I knew Cinta tak de niat pun... Tapi aku memang suka buat dia rasa bersalah, itu je sebenarnya. Aku suka bila dia tau, aku ni memang maha jealous orang nya...not really la...tapi lately ni memang, mungkin faktor umur kot?! (cewah, tetiba salahkan umur kan?) Takpe la. saje seronok2 nak lawan mulut sekali sekala kan. Cinta selalu cakap, apalah yang aku nak jealous kan sangat dengan dia, takde orang nak pun. (Hello sayang, orang kata jeles, jeles la. Tak kire la apa pasal pun, derrrr!!!) Then mcm biasa la Cinta akan corner kat aku balik. (Hello sayang, saya ni memang dah takde orang nak. I am talking about you, not me!!!)
Well, mcm tajuk kat atas la, its my policy, hahaha!!! To me, kalau nak gaduh, gaduh terus, jangan over confident, nanti kalau dah terlambat, nangis tak de lagu dah... Kalau perlu di cantas, cantas terus babe. Jangan tunggu lama2... dh bertunas, kes aniaya :p
Ok sekian....
p.s: I love you lah Cinta. Kalau Cinta rimas, cari lain je la. Kalau Kaseh dah tak jeles, Kaseh dah jumpa yang lain la tu :p
![]() |

No comments:
Post a Comment