Pages

23 December 2013

Its Official 1

Blog tersayang...

Terlalu banyak rasa yang mahu dikongsi. Terlalu banyak berita yang mahu di beritahu. Terlalu banyak...fikiran dan hati tidak mampu menyusun kata2 (jadi pada sesiapa yg pening membaca penulisan yang tunggang terbalik lepas ni, harap pandai2 la adjust) Aku kan cuba menyusun cerita, tapi excited nk cerita semuanya dalam satu masa akan buat cerita kali ini melompat2 :)

Minggu ini, its official I am here, by her side, AT LAST.... the 13 years dream. Betul kata sahabat, kita mesti tahu apa yang kita mahu. Kita mesti firm dengan apa yang kita idamkan. Walaupun beribu hati yang akan hancur kerana impian kita, make it WORTH FIGTHING FOR! 

So many things I learnt...cuba nk luahkan di sini. Tapi sayang tak tahu mahu di mula dari mana. 

Blog sayang,

Sesungguh perjalanan untuk kemari aku rasakan pahit. Tapi aku percaya putaran alam Allah, setiap kali hujan pasti akan keluar matahari akhirnya..begitu juga sebaliknya. Aku tidak kata ini lah pengakhiran. Sebenarnya ini lah permulaan hidup aku. Hidup yang aku impikan selama ini. Perjalanan itu baru bermula!

Terlambatkah aku untuk merasakan ini semua? Namun aku bersyukur, Allah masih beri aku peluang untuk merasakan impian aku yang satu ini. Satu-satu nya impian yang aku rasakan paling mustahil dalam hidup, hidup bersama Cinta. Kalau selama ini aku cuma mampu untuk membaca cerita2 mereka, hari ini, ini cerita aku :)

-bersambung semula nanti, InsyaAllah. 
Cinta sudah menunggu di bawah, kami mahu lunch bersama...

Terima kasih Allah untuk semua ini :) Amin


13 comments:

soren said...

E & I are happy for you!

Anonymous said...

Hidup bersama dgn partner? Wow.. I hope my dream come true too.. Walaupun perjalanan macam samar2.. Namun tetap simpan impian dan harapan. :)

-Ima

fabulousasya said...

zhu : Special thanks to you and el. Alhamdullillah Allah pertemukan kita :)

fabulousasya said...

Ima: Segalanya pasti dengan izin Nya :) Yang penting kita tahu apa yang kita mahu dalam hidup ni.

Pencari Hati said...

tahniah sya. at last.

dah dpt pindh official lah ni ye?

fabulousasya said...

Arjuna : Thank you :) Yup, its official now, alhamdullillah.

Pencari Hati said...

pindah mana?putrajaya ker?or KL terus?

el said...

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdullillah..zhu dan saya doakan asya tenang2, sihat dan bahagia sentiasa serta sentiasa tabah di samping keluarga ( partner, mama, anak dan mereka yg mdoakan asya)..amin amin..harap bjumpa lg ..pink dot2014. :)

fabulousasya said...

Arjuna: Sy memang org KL. Now dh meninggalkan KL, sob...sob I will be missing city life :(

fabulousasya said...
This comment has been removed by the author.
fabulousasya said...

el : InsyaAllah el. Thanks sebab bagi semangat pada asya :) Pink dot2014, can't wait! :)

Anonymous said...

congrats! *walaupun ku tak tahu lokasi sebenar*.

harap cik tabah. ;)


~nexus~

fabulousasya said...

Nexus: tq dear... Yg pastinya sy dh meninggalkan kg halaman, KL. Doakan kami bahagia walaupun dimana kami berada ;)