Kalau readers yang setia membaca blog ini, pasti perasan yang post2 sebelum ini cuma lagu2 yg aku share dari laman youtube. Tapi lagu2 itu aku share sebagai mewakili rasa hati yang tak termampu di luahkan. Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini, aku perkuatkan diri dengan dendangan2 lagu2 itu selain doa dalam setiap sembahyang yang tidak pernah putus. Aku putarkan berkali-kali sebagai ingatan dan semangat. Seperti aku tulis dlm post sebelum ini, perjalanan ke tempat di mana aku berdiri hari ni bersama cinta itu pahit. Dalam pahit itu, aku belajar tentang harapan, impian, cita2, cinta, kasih sayang dan airmata.
Saat pertama aku jejakkan kaki ke rumah kami (sewa je) , aku peluk cinta erat. Bagai tak percaya, impian itu jadi nyata. Rumah kosong itu kami cuci bersama dan kami mulakan segalanya from scratch. Kami tiada apa kecuali kain baju dan berkotak2 buku dan fail kerja. Adalah barang remeh temeh tu, I mean keperluan asas sebuah rumah mcm katil, almari, washing machine, fridge, dapur... semua pun tak de. Dalam hati aku berkata2 "Ini lah hidup bersama. Susah dan senang, ketawa dan menangis bersama.."
Entah berapa kali aku ucapkan syukur pada Nya. Magis..itulah perkataan yang terbaik aku boleh gambarkan. Allah itu maha mendengar dan mampu mengubah segala2nya.... itu lah yg berlaku pada aku. Segala gerak hati, gerak langkah ini milik Nya. Alhamdullillah :)
Namun masih terlalu awal untuk katakan ini semua pasti bahagia. Aku masih tidak putus berdoakan agar perjalanan ini akan terus baik2 sahaja. Tipu kalau aku katakan tiada dugaan. Pasti ada! Namun aku redha dan yakin setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajarannya.
Alhamdullillah... disaat kami sama2 menyusun atur titian ini, cinta pun dapat perkhabaran gembira bagi dirinya. Aku tumpang gembira.
Kesibukan dengan kerja baru dan kepenatan mengisi rumah (belum masuk penat poket yang makin kering- penat wo!, hehehe) masih di rasakan sampai di saat post ini aku taip.
Maka current activities...masih mencari kesesuaian dalam segala segi. Kerja, aktiviti harian, cinta dan family. Banyak yang nk dibuat sehari2.
Kerja baru: Walaupun tidak lari dari tugas hakiki, tapi tugas bertambah dengan kesibukan kerja luar. Masih merangkak2 dalam kerja dan berusaha mengisi ilmu di dada.
Aktiviti harian: Bangun pagi dgn keadaan rumah sunyi tanpa suara mama lagi, sedang cuba adjust homesick itu. Adakala pulang kerja, cinta belum pulang, habiskan masa dengan mengemas rumah. Adakala juga bila aku cuti dan cinta kerja, terasa kosong tapi terisi dengan aktiviti kemas rumah dan main masak2. Bila hari cuti sama.... itu precious moment together.
Cinta: Masih adjust diri untuk belajar segalanya tentang dia. Betul kata orang, commitment tu lain dgn hangat asmara baru bercinta. Aku belajar tentang cinta. Siapa dia? Bagaimana dia? Sesungguhnya betul apa yang aku selalu fikirkan selama ini. 13 tahun belum cukup utk aku kenal siapa cinta. Tapi apa yg magis, aku bukan aku yang dulu. Mungkinkah faktor umur? Mungkinkah kematangan? Mungkinkah kerana sayang? Atau mungkin, kita boleh berubah mengikut dengan siapa kita dampingi? Mungkin juga.... :)
Family: Sebagaimana pahit aku rasakan, begitu juga lah pahit yang mama telan. Namun, aku mahu hidup. Magis, bila mama turut berlembut hati melepas aku pergi. Magis, bila mama menghormati keputusan ini. Magis...segala nya magis dengan izin Nya :) Namun aku masih ingat pesan sahabat. Aku harus ada selalu buat mama, walaupun aku jauh dari nya. Mama harus tahu, aku tak pernah meninggalkannya. Mama harus dapat rasa kasih sayang yang tiada hujungnya dari aku buat dia. Terima kasih Allah :)
-nanti sambung lagi :) InsyaAllah
No comments:
Post a Comment