Blog tersayang...
Minggu ni aku penat, penat sgt, tak cukup tido. Tiap pagi lemah betul nk bangun. Tapi bila terfikir kerja dan tanggungjawab yg menunggu, aku dayakan juga.
Hari ni buat sekian kalinya (lama dh x mcm ni), aku terbangun lambat. Bukan tak dengar alarm, tapi tertido semula. Mama call lagi 10 minit nk jam 7am, terus bulat mata aku. Mandi mcm kerbau arini, entah la, asal bole. 5 minit dh sudah mandi, pastu muka memang x makeup langsung, pegi kerja. Tapi tak sangka pulak sempat punch b4 jam 8am. Hahaha, betullah mak panda kata, walau mcmana lewat pegi kerja sekali pun, kalau niat tu baik, mesti sempat sampai tempat kerja.
2-3 hari serabut dengan student dtg practical. Urgent matter, nk kene produce product asap. Aku memang blur tak tau nk mula dr mana. Tapi nasib baik student2 yg dtg ni otak bergeliga semua. Tak de nk kene suap satu2. Formulation semua dh ada, tinggal nk tambah baik je. Aku tolong yg termampu. Kebetulan pulak staff2 aku semua bz tolong projek pegawai lain. Aku memang penat sikit la kehulu kehilir nk tgk lab, melayan cikgu nya...tapi so far, ok. Die org tak la menyusahkan sgt. New experience for me too.
Aku pun jd naik semangat tgk budak2 tu. baru sekolah menengah, dh pandai ber-experiment. Walaupun tak la se-complicated kite yg dewasa ni. So aku tolong jugak lah die org carikan journal2 yg dpt membantu writing dieorg nanti. Aku dulu tak kenal journal sampai lah masuk universiti.... bagus lah budak2 sekarang didedahkan dengan pengetahuan. Sekadar menambah ilmukan...
Badan bertambah penat terasa, sbb hari minggu ni aku tak di KL. Aku kene attend function. So rasa mcm tak rehat pun. Nasib baik td lunch time sis ajak kuar lunch. Release stress sikit tgk baju2, beg2 walaupun dari luar dinding kaca (hihihi, nk beli belum ada budget!) So tgk2 pun jd la. Makan2 n borak2 ngan sis, walaupun trasa free di minda, tapi tidak di hati. Terdetik dihati, terasa betapa masa terlalu cepat berlalu. Betul ke ini adik aku?
Terasa berbeza...adik yg selalu aku cium dh dewasa. Bercerita perkara2 dewasa...Suka tgk die. Sebelum aku belajar mencintai insan lain, tak de insan yg aku cinta selain adik aku. Memang byk yg kami ceritakan...tapi aku tak menjadi diri aku. Aku kakak die, yg wajib melindunginya. Kalau dgn panda, aku adalah insan yg mahu di manjakan dan dilindungi. Bahu terasa berat bila bersama sis dan terasa ringan bila bersama panda. Well, hidup... takkan selamanya susah dan takkan selamanya senang kan?
Sekadar melepas rasa... aku penat...projek baru menanti untuk dimulakan, tapi dari mana?
Otak dan tenaga serta hati yg cekal amat diperlukan sekarang, InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment