Pages

30 October 2012

Organ ku sepi...

Blog tersayang... Sepatutnya aku dh mula packing hari ni. Mahu bertemu panda esok. Aku ambil cuti sbb nk tolong adik panda pindah rumah.

Aku terpanggil mahu menulis mlm ni... Masa aku sedang driving aku rindu arwah papa.... Tiba2 rasa rindu pada semua kenangan...aku terasa seperti jari2 mahu menari2 semula. Mendendangkan lagu2 yg papa suka dengar. Walaupun sumbang, tapi papa la org yg paling kuat beri aku moral support/ financially of course.... Alah papa tu, kalau aku buat kek bantat pun die pasti abiskan, hihihi papa ni.... Papa suka kek oren!

Setiba dirumah, aku melihat organ ku...terperuk sepi tanpa ada yg memainkannya... Bila aku nk bersemangat semula? Aku sorang je pun yg tau mainkannya... 

Aku naik ke bilik, merenung siling rumah...maka semua kenangan itu kembali. Maka aku rasa wajib aku karangkan di blog ini, supaya menjadi kenangan bertulis.

Papa daftarkan aku belajar muzik seawal umur 4tahun. Aku masih ingat cikgu muzik tu berkali2 tanya mama utk pastikan aku ni dh kenal huruf! Ceh, mentang2 aku muka ni tak mcm retis...huhuhu :p

Antara kenangan lucu yg aku masih boleh ingat adalah masa aku begitu teruja dengan mainan muzik yg br aku pelajari. Balik dari kelas, aku mesti berlatih walaupun tanpa organ. Aku berlatih menggunakan meja study kecik aku. Walaupun tanpa bunyi, aku gigih menekan2 jari aku atas meja mcm real je... Hahaha! 

Aku tak ingat selama mana aku berlatih mcm tu, tapi suatu hari ada lori dtg membawa sebuah organ ke rumah. Hadiah dari papa. Aku tak tau harganya dan aku tak tau mcmana papa membayarnya... Walaupun hanya organ basic dgn tempo2 yg terhad, aku happy sgt! Semenjak hari tu dpt la aku practice ada bunyi... Seronok sgt. 

Sis memang tak minat main muzik. Dia tak pernah ambil pusing, tak pernah iri hati. Pernah aku nk ajar die, tapi memang la die tak minat lansung. Kalau cikgu aku dtg ke rumah utk ajar aku, die siap bole main payung dan membayangkan dirinya sbg She-ra....Dlm cerita He-man (aku n sis dibesarkan dgn cartoon sebegini yer) hahahaah oh tuanya rasa.... Budak sekarang tak tau pun cartoon apakah itu... Aku ingat lagi payung tu warna hijau renda2... Sampai patah retah di kerjaknnya... 

Aku tahu kenapa papa beriya2 nk aku belajar muzik. Sbb papa suka muzik. Aku masih ingat papa selalu request aku mainkan muzik organ utk die. Papa akan duduk di sofa sambil mendengar lagu2 sumbang aku mainkan. Nnti mesti papa akan kata "Good...good. Papa suka muzik A, tapi papa tak pandai main." Papa memang suka request...paling aku tak sanggup kalau die request aku mainkan organ depan kawan2 die.... Malu yg teramats, tapi aku tak mau hampakan papa...well papa peminat no.1 aku! Hahahah... Tq papa :)

Selama hidup aku sampai ke hari ni, aku tak pernah pegi konsert. Tapi kenangan terindah antara aku n papa bila papa bawa aku tgk konsert persembahan muzik YAMAH**A di PWTC. Just the two of us! 

Aku masih ingat suasana dalam dewan tu.. Aku n papa duduk 4-5 row dari stage...so everything was so clear in my mind... MAsih terasa papa pimpin tangan aku masuk ke dewan. Ramai org, tp kebanyakkannya bangsa asing. Mela**yu boleh kire dgn jari je la (pada masa tu la). Sepanjang persembahan tu, persembahan yg paling sentap jantung aku sampai nk meletup adalah the very last performance dr this japanese guy.... Die main organ....laju, sentap tgk...berkobar2 seh! And I will always remember that sentap song, GHost Buster!!! Tanpa drum n gitar, organ alone, die mainkan dengan sepenuh jiwa raga... Nak nangis aku!!! Sgt-sgt-sgt ish tak tau la nk gambarkan. Itulah memory konsert yg tak pernah aku lupa sepanjang hidup aku! Tq again papa :)

Alhamdullilah aku lulus naik stage seterusnya...maka papa trade in organ lama dan beli yg lebih advance, mengikut keperluan pembelajaran muzik aku. Masih ingat lagi aku test tu. 1 lagu wajib, 1 lagu pilihan dan ada ujian dengar dan mainkan semula. Memang kecut perut sgt2... Mcm rasa masuk reality show pulak. Tapi kenangan manis test tu adalah lagu pilihan. "Burung Kakak Tua" hahaha, kelakar kan?! Tapi aku enjoy sgt mainkan lagu tu, sampai at one time aku tak sedar betapa kuatnya badan aku berhayun sambil mainkan lagu tu pastu ada pulak couple mat salleh ni turut sama menghayun badan dengan aku. Kenangan sungguh... Manis sekali! Masa tu umur aku brapa yer? 9-10 tahun kot...

Anyway papa selalu pesan, die cuma nak aku main muzik sbg hobby. Aku pun sedar, aku ni bukanlah talented sgt sampai bole cipta lagu... But seriously, bila kite main muzik, bila lagu yg kite mainkan tu semakin sedap, memang kepuasan tu ada... Walaupun melody chopin, penat sgt, tp kite akan end up dgn senyuman...

Tq papa... I miss u so much. A rindu nk peluk papa, nk pegang cuping telinga papa yg lembut tu...A rindu sgt. Al- Fatihah 

2 comments:

gp85 said...

Semoga ayah u tenang kat sana :)

Cool pandai main muzik ;)

fabulousasya said...

Sekadar menghibur hati saje ;)