Semalam panda datang. Macam biasa aku akan menghabiskan masa yang terlalu berharga itu bersamanya. Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai makan2 lunch, aku terpanggil untuk bertanyakan pendapat panda tentang suatu perkara....
Perkara itu adalah tentang "Wajarkah perpisahan menjadi jalan terakhir apabila hubungan itu menjadi hambar (routine)?"
Sebelum panda menjawab, aku suarakan pendapat aku. Pada aku, dalam relationship memang lah kalau dah lama, ia akan jadi routine. Hubungan takkan selamanya 'Hot!' macam kite baru2 kenal dengan partner kite dulu. Itu org panggil 'honeymoon' stage. Semuanya indah belaka... So, sebagai orang yang mengakui saling cinta menyintai, sayang menyayangi, kasih mengasihi, sudah menjadi tangunggjawab bersama untuk menyemarakkan hubungan yg terasa routine itu, kan?!
Atau adakah kerana hubungan yang tak 'bersurat' memudahkan lagi perpisahan? Kalau dilihat hubungan suami isteri yang punya surat nikah, pastinya bercerai itu bukan perkara yang mudah, sebab nk kene pegi mahkamah, ada denda, lafaz lagi, harta nak dibahagi macam mana, anak2 pula bagaimana.
Panda mengiyakan pendapat aku tentang hubungan tak bersurat tu.
Panda kata, alasan routine tu sebenarnya bosan... itu aje! Simple. Ditambah pulak kalau dh berkenan dgn org lain. Macam2 alasan bole bagi. Kalau hati masih sayang, setia, routine atau tidak tu tak timbul.
Aku diam memikiran.... Panda teruskan pendapat die, hubungan mana yang takkan jadi routine? Hari2 buat benda yang sama, mengadap muka yang sama, tapi its up to us to make a little change.. a little change can make a big difference.
Aku setuju tentang itu, so aku congrats diri aku sendiri sbb ada kalanya aku mintak panda ngorat aku mcm baru2 kami kenal dulu. Its a kind of thing yg aku rasa dapat mengubah jalan cerita cinta yang lurus menjadi sedikit bengkok (bukan bercabang yeh!)
Mmmm macam ada satu artikel yang aku pernah baca on how to cherish ur love relationship with making love in each and every room in ur own house! Make sense hey! ;)
Apa2 pun, yang penting berusaha. Lepas tu kalau tak berjaya juga, makanya bukan rezeki kita lah tu...
3 comments:
True. Takkan dapat remain in honeymoon phase forever. Esp if stay together. Akan ada terrible twos, terrifying threes and maybe, just maybe dpt lepas feasible fours. :)
hurmmm..kalau hati die dah kat pompuan lain...buat ape pon die tetap pegi dan tawar hati dgn kite..been there done that...
KooKoo: "Akan ada terrible twos, terrifying threes and maybe, just maybe dpt lepas feasible fours" ---> Menarik ni! ;)
Aya Feijoa: Yup, betul! So alasan routine tu sebenarnya alasan semata2 kan?!
Post a Comment