Bagi sesetegah org, berkongsi segala2nya dengan partner adalah segala2nya bagi mereka. Aku pulak berpendapat, dalam hidup ni jangan lah 100% lurus sampai langgar semua bendul pastu kene ganti suspension tak pasal2... (ok, itu dh melalut) But you get what I mean kan? Jgn jadi lurus bendul! Itu pendapat aku la. Even ada juga terma yg diguna pakai sebagai 'bohong sunat' Hahahah!!!
Bohong sunat ni dalam relationship sama lah bohong utk menjaga hati. Hmmm, akan aku pertimbangkan.
Kenapa aku bangkitkan isu ini? Sebabnya walaupun dh 4 tahun bersama (minus lah 2 tahun sebelum itu), panda masih marahkan aku kalau aku tak beritahu die apa aku buat, kemana aku pegi dsbg. Aku paham niat die bukan nk control hidup aku. Aku juga paham bila die kata 'at least beritahu' itu bermaksud die saje nk tau sbb x mau risaukan aku. Aku juga paham die cuma menjalankan tanggungjwbnya untuk ambil berat pasal aku. Aku appreciate semua tu, tapi aku tak biasa!
(Berkumandang lagu...Aku tak biasa, bila kau tak di sampingku!)
Hehehe, ehem, serius balik.
Adakalanya aku memang gaduh besar dgn panda sbb perkara 'tak beritahu' itu terjadi. Hmmm. Aku memang ada masalah sikit la bila bab2 mcm ni. Bukan aku tak nak beritahu, cuma aku rs tak perlu...Hahahah, boleh gitu?! Teruk kan aku ni?! Aku tau aku teruk! Aku cuba, tapi masih ada juga details yg kadang2 aku tertinggal. Mungkin pada dasarnya aku terlalu independant kot. Aku tak nak bebankan detailing yg terlalu remeh utk diceritakan membebankan otak org lain. Berasas ke alasan aku ni?!
Ok utk major decision making, opinion, yes, aku akan beritahu...tapi bila difikir2 kan, mungkin aku ni terlalu perahsia, pemendam orangnya. Selagi segala yg aku bole handle sendiri, aku akan buat. Menjadikan kadang2 aku jarang bercerita tentang hidup aku pada orang lain. Aku cuma boleh menjadi pendengar yg setia tanpa berkongsi apa2.
Berbeza dengan panda, dari aku yang takde latar belakang F&B ni, aku pulak yg tahu semua operation di floor, store dan sebagainya. But if people ask panda what I do for my living, panda pun tak bole nk explain sbb lack of info dari aku. Die cuma tau aku buat lab, report, menulis, pameran sana sini, selebihnya die tak tahu. Oh, well aku tak salahkan die, sbb memang aku akui aku memang kurang bercerita. Mungkin kah juga aku rasa jalan hidup aku ni tak lah mencabar macam org lain?! So sbb itu aku tak rasa apa aku buat itu penting bagi orang lain utk tahu..... Mungkin?!
Bila mendengar bicara seorang teman, baru aku tahu berkongsi details seharian kepada partner tu perkara biasa. Mungkin juga aku yg masih tidak mampu mempercayai panda sepenuhnya untuk masuk ke dunia aku. Aku nak jadi seorang partner yang berkongsi segalanya, tapi aku tak rasa aku mampu. Pada aku, ada sebahagian dari perkara yang berlaku disepanjang perjalanan hidup aku yang cuma aku dan Allah sahaja yang tahu.
Mungkinkah sebenarnya aku ni belum betul2 bersedia berkongsi hidup dengan orang lain? Tapi seandainya aku bersedia, risiko macamana yang harus aku tanggung?
Aku juga tak faham konsep meluahkan rasa pada seorang manusia itu dapat melegakan kepenatan hati yang menangungnya... pada aku, apa pun juga perkara dalam hidup ni, hanya diri sendiri yang mampu menyelesaikannya dan semestinya dengan izinNya.
2 comments:
aku selalu ade masalah dgn perkare ni. Dia akan selalu bgtau nak ke mane, dgn sape. even aku rase x perlu kot sebab boeh timbulkan rase kurg selesa pd aku. aku cume iyekan sebab aku xnk dia rase kurg perhatian. aku sygkan dia. taapi aku jenis yg dah biase pendam. xkn la nak pegi kedai dpn rumah, pegi bank yang x sampai 5 km dari ofis aku pun aku nak kene bgtau.kdg2 aku erpakse klua opis urgent sebab mmg ade urgency. thn dia akan merajuk sebab x bgtau. aku syg dia. tapi aku ni mgkin pencerita yang hebat, lebih kepade pendengar.
tu je. :)
sekadar
Tah Le,
It's great to know that I am not alone facing all this "report strength" things. To take it positively, dieorg syg kite sgt2 agaknya ;)
Post a Comment