Pages

17 August 2012

Living Titanium

Lama serasanya tak menulis. Tiap2 hari bukak blog, tapi tak tergamak nk menulis. Kerja tak la byk mana pun, mood bercuti kah? Tak sgt.... Apa pun aku adakan masa juga hari ini untuk menulis, entah bila lagi dapat aku menulis (ish mcm bunyi org yg nk !@#$ je kan?!)

Hari ni pegi keje jln clear, bole la... 30 minit dh sampai ofc. Sampai2 glass door masih berkunci, ah sudah, die org ni semua dh cuti raya ke? Ish, dlm otak aku memang nk ke ofc sis je lepak sana kalau xde org yg mai ofc ni. Tapi sbb kan aku ada semangat nk menulis hari ni, nk siapkan penulisan aku yg tinggal nk touch up tu, so aku tekad tunggu dlm kereta. Kejap tu aku nampak staff aku dtg bukak kunci. Ok, now I am in the ofc... menaip, meluahkan rasa di blog ni.

Sis pun x cuti lagi. Dulu kalau ada arwah papa, kite org mesti ambil cuti awal utk sama2 membersih rumah, menghias rumah. Tapi mungkin tahun ni aku dh ada maid, so semua tu kite org tak payah nk risaukan sgt. Lagipun esok belum raya, jadi masih ada masa nk buat persiapan.

Aku masih ingat pada 2-3 ramadhan nk melabuhkan tirainya tahun lepas, aku, mama n sis masih berulang ke PPUM. Menunggu arwah husband sis yg koma di hospital. Pagi ramadhan yg ke 27, aku menyambut kedatangan 'anak perempuan' aku... Miss Tiny. Mesti sis aku nangiskan pagi raya... harapnya takde la lagi tragedi dlm family aku utk raya kali ni. Tahun lepas, aku tak dpt nk ziarah kubur arwah papa sbb terlalu sibuk menguruskan jenazah arwah husband sis. Bayangkan lah tahun lepas, aku n sis mendengar takbir raya dari bilik mayat shj. Apa pun jugak, aku anggap itu semua pengalaman n kenangan yg tak semua org dpt rasa. Tahun ni aku harapkan, aku dapat dtg menziarah kubur arwah papa dan arwah adik ipar aku dengan sempurna. Tanah perkuburan pun sama, makanya tak jadi masalah untuk melawat serentak. Raya tahun ni, dpt la aku bawa Miss Tiny melawat kubur arwah daddy nya, yg tak pernah dapat die lihat. Kadang2 aku terfikir, kenapa ini semua terjadi pd sis aku, kenapa tidak aku? Tapi aku yakin, setiap dugaan yg Allah beri pada hambaNya bersebab dan Dia tahu hambaNya yg terpilih itu dapat menggalasnya dengan baik. (huhu sis whatapps...jap yeh!)

-----Huhuhu masalah mertua die, nk mai umah dh, katanya birthday Miss Tiny... minggu depan da, apahal mau dtg mlm ni???!!!----- Masa ni la idea otak aku ni di perlukan sis, utk create mcm2 alasan, hihihi, tetiba keluar tanduk aku puasa2 ni! La, dh mertuanya kata nk celebrate jugak ikut kalendar Islam...ha bantai la!!! Dtg la ke rumah, pintu rumah kite org sentiasa terbuka, ahaks!!!------------

Ok, persiapan raya korang mcmana? Aku biasa2 je, sepasang baju kurung baru n sehelai baju baru... kasut, beg x beli baru. Tudung....mmmm hahaha, aku tengah gile beli tudung sekarang, al-maklum la, aku sekarang suka baca majalah hijab urban, uiks!!! kenyit mata skit! Insya Allah satu hari nnti terbukalah pintu hati aku nk berhijab tanpa bukak2 lagi... (well panda memang suka aku berhijab pun, aku je yg degil skit, ngada2....oh well!)

------wah kak senior jiran sblh bilik ni duk klentung-klentang mengemas, maklum la nk pg sambung study ke US lepas raya ni.... oh seronoknya, Insya Allah aku pulak nnti yeh! Amin!!!------------

Oh, berbalik kepada tajuk Living Titanium...aku tengah gile baben suka sgt dgr lagu ni (belum muak lagi la) sbb aku rasa semangat sgt nk melalui hari2 aku yg penuh dengan dugaan yg tak terduga (hahahha bunyi mcm poyo je!) Sebenarnya bila aku mencermin diri aku, hidup aku ni tak lah complicated sgt. Its all about choices dan adakah aku sanggup mengetepikan perasaan org demi mendapatkan kebahagian aku sendiri. Aku kagum dengan mereka yg mampu menentukan dan sanggup mengambil risiko hidup! Aku nk jadi mcm tu, tapi setiap kali aku hampir membuatnya, pasti aku terkebelakang balik. Situasi nya mcm kalau kite bwk kereta gear 5, tiba2 kite turun gear 1.... tak tertarik kereta tu?! Ha, mcm tu la aku rasa.

Terlalu byk yg aku fikir kan...atau sebenarnya Tuhan dah tulis aku ni hidup utk kebahagian org lain...so dimana aku disitu? Hati aku selalu tak tergamak, apatah lagi kalau hal2 tu semua berkaitan dgn mama. Org yg akan paling kecewa adalah mama. Aku dh berjanji aku takkan buat mama menangis lagi, not after what happened 11 years ago... Tapi sampai bila aku nk bahagiakan org? Aku pun hidup cuma sekali, dimana bahagia utk aku? Kalau aku fikir positif, Tuhan bagi semua takdir sebegini utk aku sbb hanya aku sorang saje yg dapat melaluinya dengan baik. Tapi kalau aku fikir negatif, Tuhan tak sayang aku ke sampai Dia sanggup melihat aku macam ni?

Well, Tuhan tu tau apa yg ada di depan kite, masa depan kite dan aku tak nafikan walaupun aku hidup dlm kesedihan, Tuhan masih beri aku rezeki melimpah luah dan aku masih dapat bersama insan yg tersayang walaupun tak sepenuhnya.... Hari2 aku mengucapkan syukur padaNya, dan hari2 aku memohon agar segala yang bergelodak dalam jiwa aku ni akan terjawab dan berakhir dalam keadaan yang dipelihara olehNya...

Aku ni jiwang Islamik pulak tak semena2... Aku ni bukan apa, bila aku tgk kawan2 yg sedang masih di alam honey moon dengan partner masing2, aku mencermin diri aku kembali. Aku n panda had been together for 4 years recently + 2 years back before we break up = 6 years officially.... + 6 years terpisah, total up 12 years! 12 years aku kenal panda n aku masih cintakan die mcm dulu... walaupun ada up n down, tapi bila aku kembali memikirkan kenapa aku masih cintakan die sbb aku memang cintakan die. Cinta tak semestinya bersatu. Melihat wajah nya sangat menenangkan. Aku nk tua bersama die... hidup dan menyintainya dengan sederhana. Kadang2 perasaan give up tu memang ada, tapi die lah org yg paling memahami dan syg aku. Sanggup pujuk aku dan menangis utk aku. Die yg mampu buat aku menangis bila tgk die menangis. Die yg mampu buat aku kesian dan rasa pergaduhan kite org tu memang sesuatu yg sgt bodoh n aku yg end up laughing sedangkan die masih menangis...!!! Weirdo!!!

Puasa tahun ni membuka lembaran baru utk aku n panda. Kite org sama2 ingat mengingatkan utk solat, mengaji...sesuatu yg baik dan aku mahu kekal begitu. Itu lah salah satu sbb kenapa aku syg die. Die selalu mahu mencuba buat yg terbaik... selama pengalaman aku dgn ex2 aku, panda sorang je yg suka ajak aku solat kat surau2 tiap kali kiteorg jalan2, kecuali kalau dia pakai bermuda! (tau malu, tapi pakai! Ceh!) So aku selalu pujuk die jgn pakai bermuda, kecuali kalau period... hahahha!!! Macam die selalu pujuk aku pakai hijab... die kata aku sweet, aku nampak kurus, aku cantik... die jatuh hati sbb aku pakai hijab... hahahha! well babe, I knew!

Dikesempatan yang ada ni, aku nk memohon ampun dan maaf kalau ada penulisan aku yg x menyenangkan hati sesiapa yg membaca. Semoga Aidilfitri kali ini merupakan satu kemenangan buat kita dan dapat membuka lembaran hidup yang lebih bermakna. Aku juga harap aku masih dapat bertemu ramadhan lagi selepas ini.

SALAM AIDILFITRI


No comments: