Pages

09 August 2012

Lafazkan selagi kau ada :)

Ari ni baru masuk ofc kembali. Tgk keadaan keliling bilik... hmmm aku nk kene berkemas la gamaknya. Yer la, bukan setakat rumah je nk raya, bilik ofc pun nk raya jugak. Niat nk mengemas tu memang dh ada semenjak awal puasa lagi. What I mean is... full swing punya kemas, setakat lap2 habuk, sapu2 tu tiap2 minggu pun buatkan.... Tapi niat tu di perlambatkan sedikit la, dgn alasan nk tunggu 'cuti puasa' baru semangat nk mengemas, sbb nnti kalau dahaga bole la... ehem! Mesti korang bygkan bilik aku ni sepah giler kan ? sampai nk kene hilang dahaga dek kene mengemas... What ever, ni bilik aku! Duh!!! Hahahaha!

3 hari lepas, mcm post yg lepas, aku ni br balik bercuti, eceh wah! Cuti cik kak bulan2 puasa ni...???? tak de la, saje je pg buat lawatan rasmi si panda aku kat seberang tambak. Sambil menyelam, sambil minum air. Jalan2 kejap je, sbb aku sampai pun dh petang, berbuka awal la sikit aku hari tu berbanding kat KL ni. Tapi yg paling best dpt la aku berbuka n bersahur ngan panda! Bukan hari2 dpt buat semua tu sama2! So, Alhamdullillah sgt2...

Post kali ni, aku terdetik nk menulis tentang cinta. Mungkin aku baru2 ni ada tgk cerita Aku, Kau dan Di*a and ada 1 lagi cerita tu... jap aku google... Hanya Aku Cinta Kau Se*orang. Hihihi. Korang kutuk aku tgk movie melayu yeh???? Hmmm mesti ada la tu!!! Ada aku kesah?! Aku tgk juga, sbb aku ni org melayu. Kualiti? Mungkin biasa2 aje jalan cerita, tapi pada bait katanya... itu yg aku cari :)

2 cerita ni ada beberapa baris kata yg betul2 menyentuh jiwa aku. Aku suka, mungkin tak cukup sastera pd org aliran sastera, tp pd org kebanyakkan mcm aku ni, dh cukup menyentuh dh tu... contohnya:

"Bila kau syg seseorg, kau akan biar die memilih, apa jua pilihan die. Tapi bila kau cinta, atau suka seseorg, kau akan selalu menunggunya, dengan setia dan tulus."

"Aku mencintainya dengan sederhana. Seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu, aku ingin mencintainya dengan sederhana."

"Cinta, ada pun sukar untuk di mengertikan, bukan sekadar lafaz. Tersembunyi di sebalik topeng niat, bg yg merasakannya. Kerna wujud cinta sinar segala kesedihan. Umpama mati dalam nikmat hidup, bebas dari belenggu nafsu. Wujud pencinta bagaikan tiada wujud tatkala manusia menyuarakan kesesatan. Wajah bertemu wajah, senyum manis pencinta sejati, lebur dalam pelukan damai sang kekasih."

"Sayang, tidak akan ada yang berubah, belajar menerima apa yang ada di depan kite, sebelum terlambat..."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

... yang pasti aku mahu menyayangi dan mencintai seseorg dgn sederhana, sbb aku tahu, menyayangi dan mencintai seseorang dengan sepenuh hati hanya akan menjauhkan lagi aku dgn org itu, mungkin sudah nasib aku kot, sesuatu yg terlalu aku syg dan cinta akan pasti pergi meninggalkan aku.

Selama 7 tahun aku berpisah dgn panda... kini ianya peluang kedua. Aku x mau terlalu mencintainya lagi. Aku tiada merangka apa2 masa depan dgn nya (bunyinya seperti kejamkan?!) sbb aku tak mahu kehilangan die utk kali kedua. Biarlah setiap impian aku dgn panda semuanya sederhana. Setiap kali die lafazkan rs cintanya pd aku dan betapa die takkan boleh hidup tanpa aku, akan aku tekapkan jari telunjuk ku ke bibir manisnya dan akan aku katakan padanya, yg die pasti boleh hidup tanpa aku!

Kadang2 aku sendiri dh lost dgn apa itu cinta?! Yang pasti cinta itu bukan nafsu bagi aku. Cinta pada aku ada pd lafaz dalam setiap degup jantung aku. Aku memang suka melafazakan rasa cinta, sbb setiap kali aku melafazakannya adalah pd setiap kali aku merasakannya.(makanya panda pasti mendengar lafaz itu dr mulut aku x kurang 10 kali sehari - dan die lah satu2 org yg tak pernah question kenapa aku selalu melafazkannya.) Pada sesetengah org, kalau selalu kite melafazkan, makanya kata2 itu akan jadi kurang maksudnya, betul tak?! Dah lali katanya... Tapi pada aku, aku akan terus melafazkannya setiap kali aku merasakannya, sbb aku tak tau bila lagi akan dapat aku lafazkan kata2 itu...samada utk dilafazkan atau utk didengarinya. (korang pahamkan maksud aku? ajal maut tu di tangan Tuhan kan?!)

Aku tak henti belajar menerima apa yg ada di depan aku sekarang. Aku tak henti belajar mencintai insan yg menyintai aku seadanya. Yang penting, aku masih belajar erti kesyukuran pd Nya.

Segalanya hanya dari-Nya.... peluang kedua :)

So nk start mengemas, slow n steady Asya! Chaiyok!!!



2 comments:

gp85 said...

fuh...byk sgt tengok drama melayu ni ;)

fabulousasya said...

gp85: menonton dan menghargai kata2 seni sastera melayu yang indah tu kadang2 perlu kan?! ;)