Pages

14 December 2015

Blog sayang..

2 days in a row pegi outstation balik hari. Rasanya aku semakin boleh terima hakikat yang diri ini bukan seorang researcher sepenuh masa lagi. Mungkin juga kesan pegi kursus pemurnian FM dan MPK bulan lepas telah dapat menjelaskan apa tugas aku dengan semakin jelas. Sayu tiba2 hati ini. Tapi pada masa yang sama sedikit sebanyak bebanan tugas itu dirasai. Semangat pun ada juga...tapi kadang2 sampainya. Yang beza cuma aku tak perlu masuk lab lagi. Semoga tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi akan mengubah segala persepsi, semangat dan matlamat hidup aku.

2 minggu Cinta hati tiada di sisi. Tuntutan kerjanya yang semakin tidak menentu membuatkan aku kerap meroyan, moody, sedih dan hampa. Tapi aku tetap mengingat kan diri aku yang aku harus kuat mengharunginya. Memang itu jelas sekali bila masa aku marah, tapi hati ini mampu aku pujuk dan sayang itu sentiasa berbunga dalam hati bila mata ini ditutup dan yang aku nampak cuma senyuman muka nakalnya. Aku tetap support dia. Walaupun aku penat dengan kerja aku, tapi aku tetap datang dan menemaninya bila masa aku ada kesempatan utk itu. 

Semalam pulak aku tak berapa sehat. Ada 2 sebab tak sehat, pertama, tak sehat sebab tak cukup rehat. Minggu lepas, minggu sukan. Oleh kerana tak berapa sedarkan diri yang semakin di mamah usia ni, aku gagah kan diri juga join bola jaring ofc. Alhamdullillah membuahkan hasil. Hasil paling ketara, sunburn :p Sebab kedua tak sehat, sebab Cinta hati kerja jauh. Belum pegi lagi dah rasa sunyi sangat. Dah la nk pegi lama, tak spend time sama pun... Kalau korang, korang sedih tak? Sedih kan?! Cinta dengan beribu alasan la...pastu buat muka seposen. Dah! malas nk cerita lagi, nanti nangis....

So, bagi mengisi masa lapang yang ada selama 2 minggu Cinta takde, aku telah membuat beberapa plan utk diri dan rumah. Dengan keadaan kewangan yang agak mengizinkan sebulan dua ni, aku telah merancang nak deco rumah sikit...sikit je, nothing major. Nak print gambar, nak tampal2. Pastu kebetulan juga bilik ofc aku semakin sempurna. So byk benda nk kene buat ni. Haritu masa balik kg aku dah shopping deco rumah sikit. Kat sini tak sure kt mana bole shopping deco rumah. Tapi haritu mcm perasan la ada.... tengok la, maybe hari ni. Tapi tu la kan, kalau dah balik rumah tu, memang liat sangat nk keluar. Kalau dari ofc terus, segan pulak pakai baju korporat keparat ni, haish.....

Korang dah beli table planner? haaaa.... mak semangat tau nyah, dah beli hokei! Hahahha, nak beli dairy, tunggu yang dpt free je la...hehehhe 

Hihi.... motif nak masukkan gambar wireless mouse tu? Itu kenangan.... buat research project :(

Take care semua & jgn lupa to love urself more. 

XOXO


No comments: