Pages

02 February 2015

Hai....miss me? tak rindu tak pe, ada aku kesah? hihihi



Lamanya tak menaip di sini....

Last 2 years, before new year siap boleh recap every month yg berlaku dalam hidup. But last year, aku busy sangat bila tiba hujung tahun. So sorry blog sayang...walaupun terlalu banyak yang nak di ceritakan, but really I can't find time for you. Tapi hari ni sebab kerja admin dh reda sikit dan tinggal beberapa RnD yang hampir siap dan akan mula minggu depan, I make time for you. Sambil di celah2 dengan susun2 account kelab dan selang seli di panggil beri khidmat nasihat, di tambah dengan jiwa jiwang bila moon come, akhirnya mood update blog pun sampai. 

Dah pernah dengar lagu Dahsyat by Mojo? Best wo!!! (sorry memang aku jiwang) First time dengar lagu ni si CaliphBusker yg nyanyi kan masa jd jemputan di rancangan MeLetop. Terus fall in love, sebab liriknya memang dahsyat... tak la sastera sgt pun, but kene la dengan org jiwang mcm aku ni. Masa dengar tu terus tweet lirik ke twitt#er dengan harapan Cinta hati baca, walaupun tak tag dia. Hhehehe ( jiwang kan aku?!) Sebab dengar lagu tu je terus sakit dada rindu Cinta hati... heheheh. Buruk betul kan?! Maka sebagai ambil mood menulis hari ni, kene la menulis sambil dengar lagu ni :)



First of all, aku nk ucap syukur pada Allah atas pemberian yang bukan sekadar nafas ini, tapi rezekinya yang tak putus-putus buat aku. 

Di setiap doa yang aku panjatkan dalam setiap detik aku mengingatNya, ternyata Allah maha pendengar dan maha memahami hati ini. Minggu lepas aku terima berita paling gembira sebagai pembuka tahun 2015. Aku sampai kan khabar gembira itu buat insan yang banyak mengalirkan airmatanya buat aku iaitu.... mama. Muka mama berubah, aku tak pasti adakah gembira buat dia atau sedih atau terkejut atau apa sekali pun, yang penting, berita itu memang aku sendiri tak jangka. Aku tak jangka seawal itu. Terima kasih Ya Allah.... dengan pangkat dan darjat yang Kau beri ini, aku sujud syukur pada Mu. Semoga pemberian ini bukan satu ujian, tetapi sebagai balasan baik utk aku nikmati. Aku harap dengan anugerah ini akan dapat memberi kebanggaan buat mama serta arwah papa. Papa, are proud of me? There are more to come for you and mama.... InsyaAllah.

Buat anak-anak umi....ini juga hadiah dan rezeki buat kamu :)

Cinta adalah antara yang paling gembira. Tq sayang, ini rezeki kita bersama juga.... 

2014.. banyak sgt kenangan.... not a good year for my financial, tapi overall, a good impact to my career and social life. I am open to understand so many things that I thought I understand before but not so much really. I learnt about life even more.

Last 2 weeks I helped 2 blind man on and off the train on my way back home (ini bukan nak brag ye, ini nak cerita mcmana Allah tu nk sedarkan manusia mcm aku ni). Since we need to walk a long way to change train at MasjidJamekST, kami sempat berbual panjang sambil berkenalan antara satu sama lain. Let me tell what I felt masa first time mereka masuk train, di iringi oleh pekerja train. Mereka duduk betul2 depan aku. Fine! Aku dah mula nervous, tapi dalam hati aku berkata2, kalau mereka turun train sebelum aku, maka aku tak dapat la tolong, tapi kalau dieorg turun sama station, then Allah must want me to do it.... help them. 

And that is what happened. I helped them. I asked 1 of them to hold my arm and we walked. Dieorg massage therapist rupanya. Mendengarkan cara hidupnya untuk cari rezeki, I felt down sangat, betapa aku yang celik ni tak bersyukur dengan apa yg Allah beri. Walaupun station dieorg 1 station awal dari aku, aku insist utk turun sama sebab aku takut susah pulak dieorg nk naik lif turun bawah nanti. But luckily, pekerja st dah ada yang menunggu, mungkin dieorg memang regular st tu, so dh ada pekerja st yg standby tunggu dieorg balik keje. Maka aku pun hop in to another train to my destination. I wanted to give them money, tapi dieorg jalan cepat betul turun lif, tak sempat aku nak hulur kan sedekah tu. Tak pelah, mungkin belum rezeki aku. Maybe next time. Airmata aku bergenang tgk mereka berdua di bawa pergi, waktu  tu susah aku nak gambarkan perasaan ni. Yang aku tahu, aku adalah antara manusia yg Allah beri peluang menikmati keindahan dunia. Waktu tu aku rasa Allah sayang aku. Allah tak mahu aku susah. Esok tu lah, aku terima berita gembira. Oooo dan kemudian CaliphBusker pun meletop2!!!! ooooo what a coinsidence.

 (sat, berenti sat, nk kopek limau, supplier mai bagi limau free, maklum la depa nk raya ni!)

Last week, 4 days berjauhan dengan Cinta sebab kerja. Yup, I am back in arwah papa's home town, n9. Huhuh merasa makan masak lomak cili api dan masuk kampung2, betul2 buat hati rasa arwah papa masih di sisi. Since arwah papa sakit, kami jarang balik kampung. Balik raya atau kalau ada kenduri sedara mara je. Tapi sebulan sebelum arwah meninggal, dia teringin sangat balik kampung. Kami bawakan, mungkin dia nak tengok rumah kampung buat kali terakhir. Macam mama ckp, arwah papa dapat buat semuanya sebelum dia pegi.... mungkin :) Mungkin duit cash 200 dalam wallet nya pada hari akhir memang betul2 cukup utk byr ambulans bawa jasadnya ke rumah .... percaturan Allah itu tepat sentiasa :)

Mula tahun ni aku kene mempengerusikan team auditor ke negeri2 selama 2 tahun. Makanya , mungkin banyak negeri yang perlu di jelajah. Ini bermakna aku akan mula sibuk. Huhuh.... penat ler kalau mcm ni :p researcher kene buat audit -----> memang mangkuk la kan?! (Think +ve pls!) Jadi, dear readers, u might won't get a consistent post from me. But, jgn risau, aku ada je. PM aje, kalau rindu nk dengar khabar :p


p/s: Cinta, next week follow me outstation yeh?! ;p

No comments: