Pages

08 July 2014

Aku yang Lupa

Sudah 3 hari aku bangun sahur jam 3 pagi. Semua gara2 menemankan Cinta yang kerja pagi. Hari pertama aku tido semula lepas sahur dan ya. aku terlajak subuh dan lambat giler pegi kerja. Mana taknya, pertama kali seumur hidup aku bangun dan terloncat dari katil sebab tgk jam di dinding dah 7.40am! Masuk jam 7.30am... macamana gaya tu? Nasib baik tempat kerja 10 minit aje. Tapi hari tu aku memang tak kemas tempat tido la kisahnya!

Hari kedua, mata sudah tak bole lelap pulak lepas sahur. Ish...dalam hati, habis la kalau pegi kerja mesti macam zombie nanti. Alhamdulillah, mata mampu bertahan sampai lunch hour. Boleh la lelap mata sekejap masa rehat tu. Begitu juga hari ketiga dan InsyaAllah seterusnya...

Hari ni terpaksa hantar Cinta kerja sebab hujan lebat. Dah lama jugak tak keluar di hening pagi ni. Alhamdullillah, Cinta sampai tempat kerja jam 6.30am. 

Hari ni terasa otak luar biasa. Konon lepas sembahyang subuh nak lah lelap mata jap. Mata nya lelap, tapi otak ligat. Ligat memikirkan apa invention baru yang patut aku buat. Teringat projek lama yang serasanya mampu di explore lagi. Fikir berapa timbangan starch yang boleh dihasilkan dari sebiji buah. Mahu rasanya pegi pasar sekarang jugak beli buah tu dan ber-eksperiment sendiri di test bed...poyo! Ini semua poyo!!! Haish..."Ya Allah, hindarkanlah aku dari sifat malas dan bertangguh-tangguh!!!"

Sebelum aku layan poyo aku lama2 atas katil, aku lalu bingkas bangun utk mandi dan bersiap2. Tapi macam aku kata tadi, hari ni otak aku memang ligat luar biasa. Saat tadah tangan tunggu air dari water heater panas, hati aku tersentuh. Betapa aku sebenarnya kufur dengan nikmat Allah. Ceritanya bermula bila aku frust sebab servis kereta sampai dekat 1K. Tapi bak kata mama, kalau nak berkereta bukan setakat kene fikir commitment bayar kereta bulan2 sahaja. Harus fikir roadtax nya, servis nya.... dan lagi, kalau kereta langgar tong sampah sekalipun, perlu fikir nak sebur catnya. Betul cakap mama...maka aku akur dengan keadaan itu.
Aku frust bukan apa...kan kite nak raya, dah kalau servis dh mcm tu punya rupa, maka aku kene lah berpada2 nak shopping raya kan? sedih tau!!! (maaf lah mengada sikit :p)

Berbalik pada hal aku tersentuh saat tadah air di tangan tu kan... aku lupa walaupun Allah keluarkan rezeki aku utk shopping raya tu kepada servis kereta. Allah dah beri aku keselesaan ada water heater, supaya mudah aku mandi pagi2 buta untuk keluar cari rezeki. Allah beri aku keselesaan utk tido dalam keadaan dingin di musim panas berdentum. Allah beri aku kerja tetap agar dapat aku menyara hidup aku di dunia ni. Banyak lagi kurnia Allah beri yang aku tak sedar rupanya. Semua itu rezeki yang datangnya dari Allah. Kalau Allah tak izinkan, manalah aku agaknya sekarang ni kan? 

Sekadar renungan buat diri aku yang selalu kurang bersyukur ni....

Alhamdullillah, syukur untuk nikmat ramadhan ini... 

Teruskan berpuasa semua, kumpul pahala sebanyak mungkin ok :)

kegigihan beratur beli kuih untuk berbuka :p

p/s: aku dah ada hsemate baru :) jadi sekarang kami bertiga...


No comments: