Methodology seperenggan, Results and Discussions seperenggan.... itu aje yang termampu aku taip hari ini. Turun menunjuk muka montel ini di office bawah, kosong. Tinggal 2-3 orang je. Mana semua orang? Melangkah ke test bed belakang. Oooo ada gotong royong kecil-kecilan rupanya hari ini :p Dengan muka tak malu, aku menyegih, "Ada apa-apa akak bole tolong?" (hihii, muka tak malukan?) Adik-adik pun malu nak minta tolong dengan aku, aku paham itu. Dengan muka selamba dang, aku asingkan mana yang nak dibuang. Selesai. Lunch awal hari ini mengikut adik-adik. Sepanjang jalan akan diperkenalkan tempat dan makan apa yang sedap. Pagi ada makan apa, tengahari ada makan apa... hihihi seronoknya jadi orang baru dan senior :) Hahahhah!!! Alhamdullillah, aku rasa aku di terima baik. Adik-adik yang sealiran kerja mesra semuanya. Tak terkecuali staff admin, tukang kebun pun rajin senyum, tapi tak berani mahu mula bicara. Tapi kalau aku yang bukak mulut dulu, tak de full stop pulak bicaranya. Masih cuba sesuaikan diri :) Alhamdullillah.
Oh, semalam pergi injection. Injection anti-typhoid. Huhuh sengal masih terasa di lengan ini. Cinta ketawakan aku, pegang lengan sikit aku melenting. Lama tak kene inject macam ni tau! Cinta kata, itu baru sekali. Dia dah banyak kali dah. (action la tu :p)
![]() |
| courtesy of theguardian.com on typhoid vaccine :) |

2 comments:
hi
tertanya pula..injection typhoid tu utk apa sbnarnya?hehe
Anon: Injection anti-typhoid wajib bagi mereka yang handle apa2 yang berkaitan makan dan minum. 3 tahun sekali je :)
For further info: http://www.doctortravel.ca/?page=typhoid
Post a Comment