Cinta,
Saya tahu terlalu banyak kata-kata manis saya pada awak. Seandainya suatu hari nanti saya lupa semua itu, awak tolong ingatkan saya ya... Terima kasih sebab menerima kekurangan saya.
Semalam awak beritahu betapa bangganya awak punyai saya dan saya hanya mampu senyum. Jauh dalam sudut hati saya, saya gembira tapi dalam masa yang sama saya takut sebab saya tahu semua yang indah itu takkan selamanya kekal. Terima kasih sebab bangga punyai saya. Saya harap awak akan ada terus bersama saya dalam setiap jatuh dan bangun saya. Semampu dan sebisa, saya mahu buat segalanya untuk terus bahagia dengan awak.
No comments:
Post a Comment