Pages

31 December 2013

Recap 2013

2013

Hari ini hari terakhir bagi tahun 2013.
Terlalu banyak peristiwa, terlalu banyak kisah suka dan duka. Semuanya terabadi dalam blog ini. Tiada yang aku sembunyikan. Ini kisah hidup aku. Pengalaman aku, yang mahu aku kongsikan pada yang sudi. 

Januari 2013 

Aku berjaya panjat Bukit Broga. Walaupun sekadar bukit, tapi ianya adalah simbolik kepada apa yang bakal aku lalui dalam masa setahun ini. Sebagai mana payah aku rasa, terlalu penat mendaki sedari jam 5.30am, dengan perut kosong dari malam, dengan mengalas beg berat dibelakang. Aku gagahi juga mendaki hingga puncak ke-3. Sedang elok subuh dan matahari terbit, aku rasa pendakian itu sangat berbaloi. Hilang penat, segar terasa. I made it! Sungguh besar percaturan Allah buat aku. Itu lah yang aku alami sepanjang tahun ini. Sepertimana laluan pendakian itu, semacam itu lah dugaan Allah buat aku tahun ini. Simbolik!

Januari ini juga aku buat keputusan bersama mama dan sis untuk renovate rumah peninggalan arwah papa.

Februari 2013

Walaupun anniversary kami sepatutnya December, tapi kami decide utk celebrate berlainan cara. Kami mahu backpack ke Bangkok. Bermula keseronokan kami berdua, hanya berdua. Ketawa berdua, bergaduh berdua. Semua berdua lah! (Kenangan kan ?!)

Balik dari Bangkok, aku dapat berita tentang renovation kene stop.... oh, dugaan sangat2. Penat hati, penat otak dan penat tenaga....sangat penat!

Mac 2013

Alhamdullillah, segala masalah selesai. Renovation rumah dapat di teruskan.... 

April 2013

Oh! Aku di pilih jadi gol keeper futsal office...Hahahha, Mak Datin ni jadi gol keeper you! Jangan ingat mak datin hanya pandai makeup tebal se inchi yeh?! Team dapat tempat ke-3... ok la kan... tak la memalukan sgt :)

May 2013

Di sebabkan birthday panda bulan puasa, maka aku decide buat suprise vacation ke Sabah awal 2 bulan... Oh vacation yang best sangat!!!!  

Bulan ini juga kami dapat tengok sendiri penyu bertelur di Dungun, Terengganu...berlari2 dalam hujan lebat lepas dapat tengok penyu bertelur...oh memori daun pisang sangat!

Aku join diskusi group "orang macam kita" buat pertama kalinya. Aku bersyukur sangat pada Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka. Dunia aku terasa terisi. Begitu juga ilmu di dada. Mencari erti hidup yang entah sampai bila. Mengenali mereka menyedarkan aku tak pernah sendiri. Minda aku makin terbuka, terima kasih Allah.

Rumah arwah papa siap. Aku memanjatkan kesyukuran. Walaupun tak berjaya buat doa selamat, tapi aku tunaikan nazar selepas semua nya selesai. Alhamdullillah :)

Julai 2013

Aku berjaya jahit langsir bilik aku sendiri. Ok, ini achievement juga ye! Walaupun sekadar langsir, Allah aje yang tahu sakit badan ni nak menyiapkan nya on time sebelum hari raya :)

Berlaku peristiwa yang benar2 buat aku dan panda terasa amat memerlukan antara satu sama lain. Walaupun pada situasi yang berbeza, tapi pada saat itu seluruh alam serasanya menentang. Yang ada cuma aku, dia dan Allah...

Ogos 2013

Panda akhirnya tahu akan kewujudan blog ini. Sampai hari ni, kalau dia sudah membaca blog, dia pasti akan hint2 perkara yang aku tulis di sini, hurmmmm

Kentang kesayangan masuk wad. Tak serious mana...alhamdullillah semua baik2 sahaja sampai ke hari ini.

Gunung berapi aku meletup pada seorang hamba Allah yang aku rasa tak worth it aku serabutkan kepala hotak ni. Good Bye...its tooo late :)

September 2013

Tsunami di hati masih melanda, bila seluruh alam menentang, menyebabkan aku perlu buat sesuatu untuk hidup aku.

Oktober 2013

Alhamdullillah, aku dapat join group diskusi sekali lagi. Kali ni lebih kepada self acceptance. Dan aku bersyukur, aku ketemu jawapan kepada tsunami di hati aku.

Panda bawa aku ke HelloKitty* park (ah bantai la, tak ingat nama dah) as my birthday celebration...tq my love... antara kenangan terindah :)

November 2013

Setelah berfikir tentang segala2nya, aku buat keputusan untuk keluar dari kotak keselesaan aku selama ini. Aku mahu bersama dia. Aku mahu hidup baru. Biar apa pun yang terjadi, aku mahu hidup. Aku tak mahu toleh belakang lagi :)

Disember 2013

Invention aku berjaya dapat pingat perak. Aku tahu ia sekadar perak, tapi itu kemenangan pertama aku selama aku berkhidmat di sini. Aku makin dikenali. Aku akan berusaha lebih gigih. (Maka jadilah aku saintis mereng nanti, hehehe)

Aku berdiri atas pilihan yang aku lakukan dan dengan izinNya. Alhamdullillah, segala aku rasakan mimpi. Tapi seperti di bulan Januari, sesampainya aku di puncak broga, letih itu hilang, aku temui ketenangan dan aku bersemangat lagi untuk turun semula dari bukit itu sekali lagi :) 


-Percayalah, Allah sayangkan kita walau siapa pun diri kita. Buat lah yang terbaik agar kita di terima olehNya bila sampai waktu nanti-

I welcome you, 2014 :)


No comments: