Pages

21 October 2013

Hari minggu itu

Sayang I miss you so much!

Ok, moon come is around the corner la ni, kot?! So many things happened last weekend. Semua berlaku serentak, macam hujan yg disimbah dari langit ke bumi tapi tepat pada kelapa aku sorang! Yeay!!!

Blog sayang...

Semua lakonan depan cermin ms aku dlm bilik air tu dh terluah walaupun 50%. Tapi aku betul2 rs lakonan teater itu berlaku juga akhirnya. Walaupun tunggang langgang aku menyusun dialog, mencari point untuk teater itu...yes aku berjaya walaupun ada jugak part yg aku tak puas hati (sikit)!

Drama teater hidup aku. Terlalu awal untuk predict kemana semua ini akan pergi. Tak tahu apa lagi kesudahan lakonan teater ini. But it hurts! Hurts so much, sampai urat2 keliling mata teras sakit bila di tekan perlahan2. No matter what, I have to be really clear about what I want. I said it! I said it at last. No more kesian. Aku harus campak rasa belas kasihan itu. Aku harus kasihan kan diri aku terdahulu. Kalau aku tak kasihan kan diri aku, mcmana aku nak kasihan kan org lain. (stop jap, video call dgn cinta hati jap!)

----ok fine! Cinta hati hang up mcm tu je!! Arggghhhh bz sokmo dia tau!----

Ok sambung balik la blog sayang oi!

Ok kejadian weekend. 

Bangun seawal 5 pagi hantar sis ke KLSntral. Di temani mama, check in beg sis, staff di kaunter beritahu flight delay sejam, bla bla bla kapal terbang berlepas lambat dr london, bla bla, bla...fine. So sempat la solat subuh bertiga dan breakfast mcd. Proses makan berjalan dengan lancar, tapi mama sudah terketar2 suara menyuarakan rasa tidak puas hati nya. Aku buat pekak kengkonon nak jd anak tidak menderhaka. Menahan zip mulut ni dr tertetas, tapi malang, tetas juga sikit. Aku sendiri pun sedih tak tahu mcmana la keadaan nya tanpa sis beberapa hari ni. Mesti perang sabil agaknya aku dan mama. Tapi so far sampai hari ni, mama masih behave, mungkin dia tahu kalau dia cari pasal dgn aku, sape la dia ada nantikan? Yang pasti perang sabil semula bila sis pulang nanti. Aduh! Mak ni, dia tak tahu ke kita syg dia sgt2?! 

Selesai melambai sis turun naik express train, aku masih maintain dgn mama, sampai la keluar aje dr parking nk masuk highway, yer, mama sudah memulakan drama tangis dengan aku2 sekali join drama tangis sambil driving ni. Don't drive n cry k! Walaupun aku buat, aku memang pro crying while driving :)

So aku luahkan segala2nya. Sepanjang jalan. Aku mahu mama memikir logic tanpa melibatkan emosi terlampau 100%. Manusia bole mati kalau semua di sandarkan pd 100% emosi semata2. Sampai depan pagar rumah, memang conversation belum selesai sepenuhnya. Tapi mama stop disitu. Sampai la pagi tadi masa nk pegi kerja, mcm biasa aku akan pegi cium tangan dia. Mama nangis dan peluk aku dan minta aku explain apa maksud aku pada sebaris ayat yg aku lontarkan pd dia masa dalam kereta semalam. Aku explain sambil peluk mama erat. Dapat aku rasakan mama semakin kecil dan kurus, Tidak seperti mama yang dulu, yang gebu,kental dan sejuk kulitnya bila aku peluk. Namun sesuatu yg tak pernah berubah, bau mama masih wangi...bau yang buat arwah papa sayang pada mama. Aku tahu mama semakin terseksa tanpa papa di sisi. Namun maafkan aku mama, aku tidak akan pernah sama seperti mu.

Aku mahu mama tahu, bukan mudah juga bagi pihak aku. Pengorbanan itu bukan utk semua. Kuat itu bukan utk semua. Tapi di akhiran itu adalah rasa kasih sayang yang tiada hujungnya :)

Lepas hantar sis hari yang sama, jam 11am bergerak pula ke LCCT, menghantar bibik pulang. Lagi sekali mama nangis, aku juga, bibik tok sah cerita la, dr dlm perjalanan lagi dh meleleh airmata. Bibik yg aku anggap mcm adik sendiri pergi juga. Kentang masih fasa meleleh airmata sampai harini walaupun tak menangis terang terangan. Maklum la lelaki, macho tetap ada walaupun belum sunat. Miss tiny, tak faham apa2. Masih panggil bibik. Lalu akan aku katakan padanya, bibik balik kampung...(yer balik kampung yg takkan pulang semula ke rumah kita sayang...)

Ohhh penatnya rasa hati..Cinta tiada di sisi utk aku peluk erat. Sabar dan tabah sahaja yang tinggal sekarang ni. 

Baby, bila kita nk jumpa lagi? Kaseh sakit, kaseh penat, kaseh rindu... sangat! Mana kaseh nk lepaskan lelah ni? Dengan hati yang sayu, masih mengingatkan diri, there is no turning back and never regard! Aku mahu hidup!!! 



3 comments:

Anonymous said...

Awak dah coming out pada mama awak ke sampai mama awak nangis2 or mama awak nangis sebab sis pergi jauh?

fabulousasya said...

Anonymous:

Not really a coming out yet. But more on to let her know that I have to lead my own life. Letting her know I do not want to live a lie :)

Anonymous said...

Oh gitu.. Sy paham. Ye xperlu coming out terus terang, parents sbnrnya nak tgk ada orang jaga n dengan kita. Tapi sebenarnya asal kita happy dan kehidupan stable, dorang pun happy.. :)