Pages

19 September 2013

Hidup

Salam blog tercinta...

Panda dh bising bila aku nk update blog. Dah lama dia tak baca royanan aku di blog. So aku dh tukar template blog ni so that dia bole la baca blog2 yg selalu aku baca. At least kekasih takkan ke boring-an kan?

Bila kekasih tanya mcm mana aku tahu pasal blog...well it was years back. Aku mula dgn baca blog utk isi kekosongan hidup. Bila baca, seronok. At least aku tahu ada manusia kat luar sana dgn pelbagai pengalaman kehidupan. Bila di blog, I am who I am. Tak intended to share, but more on melepas perasaan. Aku percaya "talking to a stranger is the best because they r not going to judge u. they do not know u. things that they will say to u is based on who u r in front of them".... i heard this somewhere dlm movie or maybe baca dlm novel...i don't know, tak ingat la...tapi aku pegang kata2 tu n it works for me :) Lagi satu quote yg aku ingat adalah "ur most enemy is the person that is close to u. because they knew u to the root." enough said, ini memang dh tak bole buat apa dah :(  

Berhari2 aku lalui, nothing change much. Kadang2 penat berperang dengan hidup yg tak sudah2. Bila tiap kali bangun pagi, aku harap ini semua mimpi. Tapi bila aku ingat balik tujuan aku hidup utk hari ini, aku gagahi juga mengharunginya walaupun dengan linangan airmata. Well, walaupun panda di sisi, aku masih rasa hidup ini terlalu complicated. Alhamdullillah Allah hadirkan panda buat aku. Penenang jiwa. Insan yang mampu buat aku ketawa setelah berhari2 aku cuba cari punca utk ketawa.

Sayang, pls kuat utk kite...pls :(

Hidup itu tak sempurna. Tapi tak salah kite terus mencari kesempurnaan. Aku mengaku aku memang takut utk keluar dari kepompong keselesaan. Terlalu takut menghadapi perkara akan datang. How I wish aku sekuat mereka yg mampu gamble dlm hidup ini. Aku tertanya2 apa yg aku mahu sebenarnya? Bila manusia sudah ada segala2nya terlalu sukar melangkah keluar dari kotak kan? Tak tahu apa yg ada di luar sana dengan usia yg makin bertambah. Semua org mahukan yg lebih baik di kala hidup menghampiri penghujungnya. Penyesalan... perasaan sesal kemudian hari turut menjadi sesuatu yg amat di takuti. Tapi sesal ke kite kalau apa yg bakal terjadi itu adalah kemahuan kite? 

Bila di fikirkan, kalau kite selalu memikirkan masa depan yg belum tentu hujung cerita, sama lah macam kite percaya pada tilik nasib kan? 

No comments: