Pages

09 May 2013

Penyu sayang...

Selesai dispense hot water di celah2 student yg sedang menunggu giliran utk msk makmal, aku terserempak rakan sekerja, lalu aku memberi senyuman paling manis utk pagi ini dan ucapkan "Sebelum terlupa lagi, congratulation!"...Ye, kwn kerja aku dpt ApC. Tipu lah kalau aku kata aku tak terasa. Bukan terasa irihati ye! Aku terasa yg aku ni memang kurang produktif, maka tak wajar lah aku ni dpt ApC, hahahah!!!!

Aku sekarang sering di landa sakit kepala. Nak kata kurang makan, tak pulak. Tension? Nak tension apa? Tension malas keje la kot :p

Aku agak bz minggu lepas. "Bz" yeh???!!! Aku bz sbb berfoya2 sebenarnya. Minggu ni tak berfoya2, sbb aku dh gaduh ngan panda. HIhihihi (tp sekarang sedang Tetango dgn panda ;) Gaduh2 pun syg jugak. Malas nk ambik port, ambik hati, ambik nyawa. Bila dh tido, bgn dh lupa gado apa ;p Nanti panda dtg, dia bawakkan ni, nk pujuk la tu ;p

Aku memang penggemar coklat. Kalau bagi 1 bar besar tu setengah hari aku boleh habiskan. Atau aku boleh hidup dgn mkn coklat shj. Fanatik coklatnya aku, hidup aku takkan lengkap tanpa mkn coklat tiap hari. Mcm tu jugak pagi aku takkan lengkap tanpa se-mug kopi tiap2 hari. Bila panda tunjuk dia akan bwk coklat ni, aku tak berapa gemar sebb ada jelly beans. Mesti manis melenting, Tapi nk jaga hati punya pasal, aku terima je la :) Coklat lebih sedap kalau ada rs pahit sikit. But I wont go for dark choc sgt.



Huhuhu, berhenti pulak, staff dtg wat collection club :) Dah tersambung bincang pasal projek master dia dan projek aku pula... Wah tetiba stress terasa terlalu byk yg aku tak tau :(

Forget it! Blog syg,

Minggu sebelum mengundi ari tu aku berfoya2 ngan panda. Memang tak rancang nk berfoya2 jauh2 dan kami hampir tak kemana pun. Tapi mungkin juga rezeki menyebelahi, kami decide pegi percutian ke pantai timur tanah air. Bilik hotel di booking malam sebelum bertolak. Jam 9am esoknya, selesai pekena tosai dan neslo di kedai mamak fav panda, kami gerak.

Sedang elok nk menjelang tghari, aku suruh panda isi perut di rnr dulu, sbb bila dh keluar highway nnti tak tau mana nk mkn. Kalau panda lapa, aku yg susah, nnti dia marah2, otak dh tak jalan, hihihi. Dalam perjalanan, kami masuk ke pekan Temer*&loh. Aku dayakan juga sbb panda dh berkali2 kata dia teringin banget nk melihat restoran lama milik family dia masa di kecik2 dulu (consider kecik ke kalau dh form 2?) So kami singgah sekolah lama panda, tgk restoran lama tu dan keluar la kisah2 lama panda. Keluarga panda berniaga sekejap (5 tahun juga) di situ sebelum arwah ayh nya decide utk kembali ke tanahair mereka. So dia cerita pahit jerih duduk rumah sempit atas kedai, jalan 2 km tiap hari utk pegi sekolah. Tolong makcik bwh payung jual kuih utk dpt duit poket...sedih pulak dgr. Dalam hati aku bersyukur, aku tak perlu lalui tu semua.

Next, berenti di rnr along highway sekitar pahang, panda sgt puas hati dpt mkn gulai lemak tempoyak cili api ikan patin. 2 pinggan nasi di bedalnya. Aku ikutkan aje, nnti susah nk jumpa yg sedap mcm tu lagi!Alhamdullillah selamat sampai dan check-in dgn hati gumbira tgk laut! Sudah berkira2 jam berapa nk berkubang bersama.

One of the best experience in our life berlaku malam itu. Jgn pk blue yeh! Hahahah Kami berpeluang tgk penyu bertelur secara life! Yeay!!!! Seronoknya tak terkata. Tgk penyu satu hal, tapi ekspedisi utk bertemu itu yg paling berharga sebenarnya :)

Menapak utk check-in, terpampang besar offer utk pegi tgk penyu, kami dh dlm keadaan serba salah, nk pegi ke tak nk. Harga rm50/person. Tapi reception tu baik, mungkin dia tahu kami local, so dia kata kalau nk pegi tempat tu sendiri pun bole. Nanti byr fees kat renjer je. So bila sampai bilik, sambil baring2, kami berbincang n decide to give it a try. Penyu sedang byk naik ke pantai utk bertelur between april-october. So masih punya masa kalau uols nk cuba nasib dan rasa experience nya!

Lepas dinner around 9.30pm kami gerak. Meraba2 juga kami nk cari pantai yg dikatakan tu, kami drive sampai masuk sempadan Tere#$%ngganu. Akhirnya jumpa pantai tu. Tapi pantai tu xde org. Adalah beberapa budak muda dok main kapal terbang remote, dan sebelah tu dok main futsal dlm gelanggang. Cukup 2 kali round, panda suruh stop dan dia tanya budak2 muda tu mana nk tgk penyu. Rupanya kat jalan paling hujung yg gelap tu! Hehehe, cuak la sekejap. Tapi nk tgk penyu punya pasal, sanggup!

Parking dlm gelap, dah ada 1 kereta menunggu. dlm 15 min, dtg berderet2 kereta dan van. Yg van tu la renjer. Mula2 aku ingat kami akan naik van masuk ke dlm, sbb gelap dan sebelum pd tu aku nampak ada 4 wheel drive je yg enter, pastu berhenjut2 pulak tu. Dalam otak aku, kalau bwk kereta sendiri, kes aniaya suspension aku nnti.

Renjer tu mulakan dgn briefing. Apa yg boleh dan apa yg tak bole buat ms tgk penyu nnti. Pakcik renjer speaking omputeh la, sbb byk org luar yg dtg. Tapi dia excited bila tgk kami berdua. Mungkin sbb tiap kali dia nk mengumpat, dia bole ckp dgn kami dlm longhat teganu dia! Hihihihi

Pakcik renjer jugak cerita apa aktiviti kami nnti, dan yg paling best, aktiviti terakhir, kami diberi peluang melepaskan anak2 penyu ke pantai! Itu lah saat paling touching. Aku n panda siap cium kepala anak2 penyu tu n wish them good luck utk kembali ke pantai yg sama bila nk bertelur lagi nnti n that is 5-7 years akan dtg...besarnya kuasa Allah :)

Kami berjalan dalam gelap, sambil menyelusuri pantai di mlm hari mengharapkan cuma cahaya bulan. Aku mengambil langkah bijak utk berseluar mlm itu, sbb plan asal nk ber-dress bagai... Rupanya nk kene panjat batu2 besar utk sampai ke lokasi di mana penyu2 byk naik utk bertelur. Rekod paling byk penyu naik adalah 16 ekor dlm 1 mlm. Lokasi ni memang jd fav penyu sbb tak ramai org dtg, tak mcm di rantau abg, terlalu ramai org maka penyu pun rimas, mana sakit nk bertelur lagi, manusiakan kecoh! Hahahha (termasuk la aku)

Gambar2 byk tak menarik, sbb no flash allowed. Cuma harapkan lampu picit renjer. So dia suggest its better to take vidoe. So tugas ambik video aku serah kat panda je la. Kami berpeluh2, mcm jungle tracking pulak rasa. Terasa romantik juga bila jln2 tracking penyu dlm gelap. Lama juga nk tunggu 1-1 penyu bertelur. Yg pertama, kami tgk cara dia nk buat lubang dan yg kedua kami tgk penyu bertelur, kambus telur dan bergerak ke pantai.

Tgk 2 ekor penyu pun kehulu-ke hilir dr jam 10pm -2am, huh!!! Nak tunggu lagi, hujan dah turun dan makin lebat. Kami cepat2 membuat ritual penutup ekspedisi, cewah....lepaskan baby turtle :)

Kenangan dlm hujan lebat juga memang meruntun kalbu gitu!. I watched her holding my hand, walaupun dlm gelap tu dan aku bersyukur sbb aku dpt melaluinya bersama panda. Entah bila lagi dpt berhujan, berjalan tepi pantai dlm gelap mcm ni lagi. Lencun kami. Nk lari, tak berdaya, penat, baju dh terasa berat, menapak ambil nafas memikirkan kereta yg masih jauh di hadapan. Panda siap pinjamkan topi dia utk indian baby yg ikut dlm group kami tu. Kesian...panda serkup kepala dgn hood jacket saje. Bila nmpak lampu jln, terasa lega, hujan pun dh berenti. Selesai byr fees rm30 seorg, kami drive balik hotel, mandi dan telan panadol masing2, takut demam esok pagi :) Terasa rm30 tak mahal bila experience yg dapat begitu berharga. Kesian juga tgk renjer2 lain yg bertugas tunggu penyu bertelur sepanjang malam. Berhujan, bergelap... Mampu ke aku jd renjer mcm tu? Mereka pecinta haiwan. They talk to turtles n take care off those eggs :)

Kat bwh ni adalah beberapa facts yg aku belajar tentang penyu n gambar2 goyangan mlm tu:

Facts about turtles :

  1. Paling byk telur yg direkodkan penyu mampu bertelur lebih kurang 180 biji bergantung kpd tahap kesuburan.
  2. Dlm byk2 telur tu cuma 2-5 ekor je yg mampu survive sehingga cycle mereka utk dtg bertelur lagi.
  3. Ibu penyu yg akan menentukan gender telur2 baby mereka. Kalau si ibu mau baby betina, si ibu akan bertelur di ruang terbuka supaya cahaya matahari akan dpt memanaskan telur. Kalau si ibu nak baby jantan, si ibu akan bertelur dikawasan yg redup dan sejuk, cthnya, bwk pokok.Sebab itu la renjer kene ambil telur2 ni dan tanam lagi sekali utk balance kan jumlah gender penyu. 
  4. Airmata penyu memang akan keluar dgn byk sebab proses nk korek lubang dan kambus lubang tu memang lama, dan muka si ibu akan cover dgn pasir. So its a away to protect her eyes from masuk pasir tu.
  5. Baby penyu akan save memory dimana pantai pertama dia di lepaskan. Sebab tu kalau acara melepaskan baby turtle yg bukan natural perlu di lakukan dgn jarak at least 10 meter dr gigi air. Masa bergerak menuju ke air, masa tu la otak n deria baby turtle ingat pantai tu. (Subhannallah!)
  6. Ibu penyu akan terus bertelur hingga ke penghujung hayatnya.


Nak facts lagi? Google sudah! Hihihi nak highlight yg best2 je kat sini ;)


Baby Turtle cute yg sedang terlentang :)


Panda yg excited!

Ekspedisi panjat2 batu, sedang tunggu group :)

Si ibu penyu yg dh selesai tangggungjwbnya, sedikit lost sbb dh ade sakai yg ambik gmbr guna flash! (No harsh light ke mata penyu, sgt sensitif, nnti penyu tension!)

Sempat snap gmbr bulan yg cntik walaupun dlm hujan lebat :)
(Terang bulan malam ini, di pagar bintang beribu...ewah!)

Gambar sesat dr China. Panda snap ms dia kat sana. Org china buat hair threading tepi jln je, nah! 

Ok, nnti sambung entry mengundi pulak k , bye...

2 comments:

nexus_fms said...

Uhyo!

Mintax sket ceklat tu.

Ada lg x? Hehe..

fabulousasya said...

Nexus_fms:

Hahaha, boleh je. Masalahnya sy pun x dpt nk rasa lagi ni, entah zaman bila panda nak mai KL, huhuhu :)