Pages

29 May 2013

Hey, aku dh pusing 1 Msia :)

Blog syg...

Alhamdullillah, akhirnya.... aku dh berjaya pusing 1 Msia !!!! Congrats Asya (congrat diri sendiri :p)

Yup, destinasi terakhir, negeri di bawah bayu... Sesampai nya aku ke sana maka habis lah eksplorasi negara aku yg tercinta ini. Haish makan masa berpuluh tahun juga nk explore negara sendiri ye?! Hahahaha. Well at least, I did it!

Vacation yg dirancang dalam sehari (oleh aku sendiri) boleh dikata memuaskan. Dr tempah tiket flight, hotel dan itinerary selama 4D3N semua perah otak sendiri, sebab nk suprise wife punya pasal! Hahaha, at least aku memang brjaya buat muka panda aku berseri2 bila masuk departure hall.

Berkali2 dia teka dan sampai muka merah padam menahan marah sepanjang perjalanan nk ke LCC$T. Aku buat muka selamba (menahan macho la kengkonon nya :)

Kali ni vacation agak lama sbb aku rancang x mau tergesa2. Nk jalan ikut kepala sendiri supaya sempat merasa experience di sana. Kalau tergesa2, tak tau bila lagi bole sampai kan, maklum lah, seberang laut tu...hihihi (poyo!)

So sampai sana dh petang. Mcm rs pelik sikit bila pukul 7pm dah mcm pukul 8pm, membuat kan rs letih tu kurang sbb tgk jam "ish malam masih muda ni!" So check in hotel, letak beg, terus keluar cari mkn. Makan tak susah, tak juga mahal, byk pilihan... Seafood x mahal (tp tgk la korang mkn apa pulak?!) Aku ni budget vacation, so makan ala kadar shj. 2 kali je kami mkn besar, 1 dinner kat waterfront, KK town, 1 lunch buffet masa island hoping, itu pun sbb dh masuk dlm package :) 

Kami jalan2 semua tak naik taxi. Taxi mahal wo- RM20-30 tapi kalau naik bas RM0.50-RM1, amacam, ok?! Hihihi. Nasib la wife aku tak cerewet dan berjiwa kental mcm aku jugak. Kalau la dpt wife gediks, mampus tak layan!!!

1st day sampai dh lewat petang, survey mana nk mkn.... Esok tu kami membawa diri, merayau ke town KK. Masa tu la kami belajar naik bus, itu pun byk tanya org sabahan. Bila dh byk dengar dialect sabahan, dgn aku2 sekali dh ckp sabah (oh, pakcik bot ada kata aku muka org sabah---> muka kebanyakkan betul aku ni, org thai bole, org philipino bole, kali ni tambah koleksi, muka org sabah, cool hey!)

Masa 2nd day pagi2 kami dh menapak merayap pegi jln2 museum (tempat wajib bila pegi negeri org), menapak naik turun bas pegi water front, survey tempat shopping souvenir yg bukan setakat survey tp terus beli aje! Belikan mutiara buat mama dan sis (brg Mesti Beli bila ke sana!) Utk si tiny dan si kentang juga tidak dilupa...oh ye, dan bibik sekali :) Beli juga ikan bilis putih dan snak amplang, buat cukup syarat aje :)

Niat dr semenanjung lagi memang nk island hoping...buat syarat bila sampai KK. Kalau betul2 nk berenang aku suggestkan pegi lah pulau mabul atau sipadan atau nk adventure lagi, pegilah Tanjung Simpang Mengayau kat kudat... Macam nk pegi juga, nnti lah, bila ada rezeki, InsyaAllah :)

3rd day baru lah kami pegi island hoping. Seharian bergerak dan berenang membakar kulit ke 5 buah pulau, memang the vas!!!! Tapi coral view masih di tahap sederhana. Angin kuat dan laut bergelora masa kami island hoping, so memang pergerakan dr 1 pulau ke pulau lain tu memakan masa. Bila laut steady br kami gerak. Nasib kami baik sbb dpt tour guide yg peramah tapi tak gatal :) Dia sudi turun kan aku snorkeling, siap bawak beach boy dia utk temankan aku snorkeling tgh2 laut. 

Pengalaman yg x dpt aku lupa masa snorkeling tu adalah masa sipi lagi perut aku ni nk di gores coral hidup. Aku syok sgt tgk coral, tak sedar yg ombak laut dh bwk aku ke kawasan coral tinggi. Patut la aku rs coral2 tu makin lama makin dekat :p Beach boy yg teman aku snorkeling tu cepat tarik tangan aku, syukur sgt. Panda pulak ms tu tak turun sebab masih pening br lepas parasailing. 

Nak cerita pengalaman parasailing :) Syiok wo!!!! Tapi waktu kami parasailing tu waktu bahaya jugak la kekaedahnya. Naik tinggi tu aku tak kesah sgt, menenangkan je sebenarnya, tapi bila angin bertiup agak kuat dan kami berhayun2 kat atas tu, itu yg buat kecut perut juga! sbb sebelum naik, kami dh di beritahu caution action yg perlu kami ambil sekiranya dia org terpaksa putuskan tali dr bot nnti. Dia org mesti putuskan tali, kalau tak bot terbalik lagi kes aniaya....so setakat kami 2 org je yg terkapai2 dilautan tu tak kesah kah ?! Hahahha, takpe2, InsyaAllah aku akan guna skill berenang aku utk selamatkan wife aku yg tak reti berenang tu ;) "Yang, nnti abg selamatkan yang yeh! Jangan mengelupur tau, diam je, nnti kite sama2 lemas tau!" Panda terus tgk muka aku dgn renungan mata redupnya yg tajam menikam. Takut la tu!

Bila angin tak kuat, boat man 'entertain' kite org dgn kepoyoan merendam kami dalam laut, pastu naik balik, rendam lagi, naik balik...bole gitu. Nasib baik aku yg sgt poyo nk selamatkan wife ni tak bukak buckle seat tu! Tangan dh ready ni!!! Mengong....!!!

4th day, hari menenangkan diri, tengahari kami checkout, tinggal beg kat hotel dan barulah bermoood nk merayau shopping centre. Berpeleseran...sempat lagi tgk wayang cerita FastNFurious tu!!! Hihihi, rasa mcm kat Kl pula kekaedahnya. Makan2 buat kali terakhir di KK, balik hotel, tunggu transport pegi airport. Sampai LCC4T midnight. 

The End...

Berkali2 panda ucap terima kasih di telinga aku... aku cuma mampu senyum dan bertanya samada dia gembira tak bersama aku... dia jawab "Ya, sgt gembira dan bahagia"... dalam hati aku berkata, terima kasih Cinta sbb sudi bersama Kaseh...terima kasih Allah utk rezeki ini :)


Meh tgk gambar pulak (kalau sudi ler..)


Masa ni fe-feeling Indiana Joyah, tgk rumah2 tradisional kaum2 di Sabah#

Masa ni kami di jetty Jesselton# tunggu speed boat nk island hoping!

Tempat makan2 di WaterFront KK#

Kami yg sedang kecut perut berhayunan di atas !

1st stop ms island hoping, not sure Manukan or Mamutik Island#

Fe-feeling tgk sunset kat waterfront sambil layan perut yg minta di isi :)

Satu aku nk puji, org Sabah# ni tak lokek senyum, tak kenal pun senyum, bagus sgts!!!  Localnya juga sgt helpfull, so jgn segan bertanya bila rasa diri dh sesat :)

p/s: Malu bertanya, sesat jalan bah ;)

No comments: