Pages

01 April 2013

DRAMA ITU! MARI, MARI, MARI!!

Salam blog tercinta...

Maaf lah dh lebih seminggu tak bersiaran di alam siber ini. Ada yg rindu tak? Ceh perasan! Tak kenal, sape nak rindu pun, kan?! Hahaha, tak pe la, aku assume pembaca yg minat nk baca tulisan aku yg lintang pukang ni mesti rindu n tak sabar2 nak tau apakah DRAMA sandiwara dunia yg aku asyik tertangguh2 nk tulis tu kan?! (ups jap, sista whatapps mengadu sakit perut, di syaki keracunan, melepet dengan bertelekung subuh tadi lepas solat, cian die!) 

Hehehe, mcm aku dok ulang berkali2, ini bukan drama cinta, ini drama kehidupan yg kadang2 kite tak sangka akan berlaku pada kite. Maka nak tekan kan disini yer, betapa saving duit, pengorbanan masa dan tenaga dan di tambah dengan ketahanan mental emosi sgt perlu dalam kes2 sebegini!

Drama ini bermula sepulang aku dr vacation dgn panda. Masa berada di Bangk&^ok, mama menahan hatinya yg pilu tak mau mengadu hal dgn aku. Tak mahu mengganggu atau mungkin mahal pula bil nk bayar bercakap lama2 kan... Korang semua pasti maklum yg rumah aku sedang renovation sekarang. So, sepemergian aku, renovation berjalan dengan jayanya, sehingga lah insiden yg aku namakan MalaPetaka menimpa.... majlisbandaran sudah mengamuk dan melaksanakan Ops Pe*&^mutihan! Bukan pendatang je kene Pe*&mutihan tau! Hahahha.... bole gelak la aku sekarang sebab semua pun dh settle, Alhamdullillah :)

Aku tak salahkan sesiapa, aku salahkan diri aku juga sebenarnya. Aku patut peka dengan kemodenan yg ada sekarang. Aku yg sepatutnya bertanggungjawab penuh dalam memastikan semua mengikut prosedur yg di tetapkan. Tapi aku sebagai manusia, kadang2 alpa, lalai, dan aku juga mcm manusia lain, "Org tu tak buat, so tak payah buat la kot?!" Hahahha, meh aku gelakkan diri sendiri. Apakah die?

Ini kepada sesiapa yg tak tau la kan, kalau korang nk renovate rumah, kene buat pelan yer, walaupun nk buat awning porch rumah! Pelan rumah tu, bukan setakat pelan syok sendiri yer, pelan tu mesti dapat kelulusan badan berwajib, arikitek bapak tek,, engineer bapak neer (if ada melibatkan peralihan beam rumah), byr tong bapak tong, byr fees bapak fees.... so bak nye kata, kalau dah beli rumah tu, redha je la keadaan rumah tu sampai ke tua yer :) Kecuali lah, korang memang dh bersedia zahiriah nya... Amin (sebab, kalau nk tukar tiles dalam rumah pun sebenarnya kene dapat kelulusan)

Orang tua, fikiran kadang2 negatif, tapi bila aku yg muda sikit ni berfikir, ada betul nya juga kata2 org tua kite ni. Tapi biasalah, mungkin aku ni dh memang terkenal dgn sifat berfikiran positif, aku tak suka nk fikir2 yg buruk. Aku mahu semua baik di mata aku. 

Sesampainya aku dr Bangk*&ok, aku terus ke bilik mama, utk beri good nite kiss dan bgtau yg aku dah sampai. Mama terus bercerita. kesian aku tgk muka die. Die betul2 kecewa, sbb pd firasat die, ada org yg dh report pasal kami sedang renovation rumah. Memang kami salah, tak submit pelan dan dapat kelulusan terlebih dahulu, tapi org depan rumah baru 2 minggu siap buat porch, maka kami yakin, "its ok" to do the same. Lagi pun nk kedepan kan porch je. So aku cuba menenangkan mama malam itu, aku kata lah, maybe kebetulan dieorg dtg inspection setiap kaw perumahan. Tapi mama masih tak sedap hati sebab, sbb masa pegawai inspection tu dtg ke rumah, die ada sebut "kite ni kadang2 dgn jiran kene la buat baik" Mama pegang ayat tu sampai ke hari ni. Memang sukar di percaya, kami dgn jiran tak pernah ada masalah, tak pernah tak bertegur sapa. Anak2 semua membesar dan sekolah di sekolah yg sama, logiknya mana mungkin! Tapi , pepatah melayu ada berkata "rambut sama hitam, hati lain2" 

Malam tu memang aku tak bole lelap mata, walaupun penat sgt br pulang dgn bwk beg backpack yg 4kg, tapi kata2 mama betul2 buat aku sedih. Tak de apa yg lebih pd family aku. Kami kerja mcm org lain kerja. Kami berkereta, org semua pun berkereta. Kami ni lagi la, anak yatim, mama dh janda. Kenapa masih ada org yg tak puas hati dengan kami. Muka manis depan2. Masa kayu2 baru naik, semua sibuk dtg tgk, tanya itu ini, siap pegi interview pekerja2 kontraktor lagi. Itu pun bibik aku yg bagitau, bibik mengadu dgn mama, anak jiran tanya mcm2. Kenapa mesti tanya bibik? Kau tak kenal tuan rumah ke?

Oh, manusia.! Itu lah yg buat aku down selama sebulan sepanjang proses nk dapat kelulusan yg hanya ambil masa 3 hari. Sebulan tu adalah jangkamasa utk menyiapkan draft pelan, buku kire2 beam bangunan dan correction pelan bg menepati citarasa majlisbandaran. Alhamdullillah, dalam kekusutan itu, byk yg membantu, walaupun tidak dengan wang ringgit, tapi memudahkan kerja aku utk naik turun majlisbandaran. Kontraktor aku upah bukan nya yg kelas A. So die pun mcm tak sangka benda ni nk berlaku. Tapi die byk bantu aku dapatkan arkitek, engineer dan tak kurang call sana sini dan desak drawing supaya cepat siap.  

Yer yg buat aku pening, bukan setakat kene byr denda pelan 10X ganda, tapi juga kompaun! Tapi Allah setiasa membantu org yg teraniaya, aku dpt diskaun 90% ! Alhamdullillah, aku syukur sgt2. Terima kasih Allah :) 

So kepada uols yg nk renovate rumah, hati2 lah. Buat lah step by step. Semua ada di online. Jangan tak tau ada kes kene saman hanya sebab tukar tiles bilik air je! Semua sbb kes jiran report. Hati2 lah... Manusia, tetap manusia!

So aku dh luahkan dan share kan dengan uols. Semoga ia menjadi iktibar buat aku dan semua :)

Dari kejadian ni aku belajar erti kesabaran, ketabahan, kerisauan, kepenatan tenaga dan rasa hati. Pernah terbit rasa putus asa. Tekad utk menyelesaikan apa yg sudah dibuat sahaja. Tapi aku mahu positif! Aku harus kuat utk keluarga aku, walaupun aku seorang perempuan! Hari ni aku tak sabar nk lihat rumah peninggalan arwah papa tersergam indah, seperti yg arwah papa harap2 kan :)

Orang yg mahu lihat segala kerja2 terhenti, akan hanya mampu ternganga lepas ni! Hahahah, tetiba riak keluar tanduk aku ni! Oh well, aku pun manusia kan?! Aku diam kau usik?! Sekarang rasa lah!..Bukan setakat porch, rumah aku tutup kecerian rumah kau yg macam hutan tu terus! :p

----------------------------------------------------------------------------------------------

Oh dah! Tak baik Asya! Sudah2 lah... rezeki masing2.

Semalam, aku teman mama tengok tv rancangan apa aku tak tau tapi yg berunsur keagamaan la. Ustaz tu kata, kaya ni dtg dalam byk bentuk. Bukan sekadar kebendaan semata2. Kalau kite rasa cukup serba serbi, tak de rasa keinginan dengan apa yg org lain ada, itu juga menandakan kite kaya! Bila kite rasa bahagia, itu juga kaya, kaya dengan kebahagian. 

Alhamdullillah...aku rasa aku kaya. Kaya dengan org yg sayang aku tanpa batas. Kaya dengan rasa kecukupan. Keinginan, semua manusia ada keinginan. Tapi kite harus dapat bezakan samada ia satu keperluan atau sekadar untuk kepuasan sementara :) 


4 comments:

Anonymous said...

Tahniah.. Sebab berjaya harungi dugaan tu.. Bahagia mak dan ayah ada anak yg boleh diharapkan..
Kesabaran sgt penting.
Semoga kuat selalu okey... Senyum sokmo deh!


-yudee-

nexus_fms said...

hahaha!

ok tlg gelak sama sambil ada tanduk setan 4 kat belakang.

motif gelak :
1) tlg gelakkan jiran u
2) gelak sebab sy kayaaaaaaaa!!! sebab saya bahagia.

okbai!

fabulousasya said...

Yudee,

Tq. Kata2 awk sy amin kan. Semoga hidup ini akan terus indah dgn kenangan pahit dan manis! :)

fabulousasya said...

Nexus,

Baca komen awk buat sy gelak juga!
Chaiyok!!!