Salam Blog tersayang...
Aiyai-yai... permulaan tahun baru yg bz buat aku. Well aku suka bz... suka? Aku suka bz, penat yg berbaloi :) Itu lebih tepat.
Hari ni baru masuk ofc. Aku outstation ke utara tanah air selama 3 hari. Seronok dan bz at the same time. Doing things I love, turun field. Dah lama tak mcm ni. Last betul2 turun field di selatan tanah air, itupun 2 tahun lepas. Lepas tu byknya outstation ke hall2 aje, tak mengotorkan tangan dengan tanah :)
Biar aku story satu per satu. Aku berdoa agar tahun ni akan bawa luck pada aku. Setiap kali aku berdoa selepas solat, aku dpt rasakan yg sebahagian doa aku mula dimakbulkan Nya. Alhamdullillah. Doa utk jd manusia yg berbakti untuk agama, bangsa dan negara...bz dgn kerja, berbakti utk mereka yang memerlukan. Aku rs aku lah manusia tak berguna kalau aku tak dapat buat apa yg sepatutnya aku buat dalam bidang kerja aku. I can see the path that He bring for me n the rest aku perlu pandai mengemudinya sendiri :) InsyaAllah.
2 hari sebelum berangkat ke utara tanah air, aku pegi mendaki. Tak de la besar sgt pendakian aku. Budak2 pun dh sampai 2-3 kali. Tapi aku rs puas dan seronok. Sebab dh lama aku nntikan peluang semacam ini. Aku pun tak sangka dpt green light dr mereka yg menyayangi aku. Hehehe :) Kawan aku selalu dh ajak, tapi aku risau tak dpt persetujuan semua. So bila ada peluang rombongan pendakian yg lebih rasmi, confident tu lebih la pd mereka. Aku bukan tak mau join kwn sendiri, tapi nk gain confident family tu lebih penting. So lepas ni, kalau nk join kwn pun adalah confident sikit kan ;)
Tak payah la mention bukit mana aku naik, memang dh fofular pun. Buat malu je nk over excited. Tapi aku happy. Memulakan pendakian jam 4.30am, memang thrill la pd aku yg 1st timer ni. Lengkap dgn headlight, tongkat dan boot hiking (hahaha preparation x boleh angkat babe!) pendakian mengambil masa 1 jam, itu pun jem sebab ramai sgt yg mendaki. Kalau xde org InsyaAllah lebih cepat dr itu. Hasrat nk tgk matahari terbit tak tercapai walaupun berada di peak paling atas sbb mlm sebelumnya hujan, jd kabus tebal. Tak pelah, maybe next time :) Kalau berpeluang lagi la...Hahahah!!!
Dapat kenal ramai teman baru, well salah satu resolusi tahun baru tercapai :) Mencabar diri untuk mendaki, bila penat berenti 5 minit dan minum 2-3 teguk air. Itu pun aku paksa minum sebab tak mau bawak beban berat bila naik peak yg lebih cerun. Memang penat hilang bila berenti minum sambil jamu mata tgk pemandangan waktu subuh :)
Apa2 pun, aku happy. Panda, dalam keterpaksaan, die merelakan aku pegi. Aku nak die, tapi die kata die x fit, naik tangga pun penat, apatah lagi nk naik bukit. Tak pe lah syg, aku tetap syg kamu :) Tq for letting me join this expedition :) I love u even more :)
Ahad, cuma berehat dirumah. Prepare diri utk outstation on monday. Tghari monday bergerak dgn driver ofc. Excited nya aku tak terkira, berkobar2 lagi bila dgr ckp2 projek leader. Hahahha, well berangan dulu tak salah kan?! Aku akan cuba usahakan rezeki yg Tuhan beri depan mata. Projek leader aku memang ambitious dan die memang pandai PR. Sampai boleh meyakinkan industri sebesar itu untuk join die. Aku selaku collaborator je, tapi bila sikit2 die point aku, adoi, besar jugak peranan aku ni.
Maka hasilnya aku bawak balik la sampel 1 guni. Experiment menanti (hahaha berenti pegi label guni jap, nnti lupa tarikh start fermentation) Aku juga belaja perkataan2 baru yg sedap juga didgr, contohnya bila berckp je akan keluar perkataan "....dan sebagainya" lawak mula2 dgr, tapi good PR la :) Lagi satu perkataan Molasses. Mula2 aku x ambik kesah pun, sbb bukan part aku utk buat formulation, tapi aku rs sebagai part of the team, aku kene ambil tahu. So aku pun tanya my leader, so die pun jenis x lokek ilmu, die terangkan la pd aku, bukan takat pasal molasses, apa komponen dalam pokok pun die story juga. Alhamdullillah la aku dpt kwn yg mcm ni, xde la susah2 aku nk pegi baca basic2 kan. Heheheh. Allah, aku harap lepas ni Kau pertemukan lah dgn 'sahabat' yg bole aku kerabat, bukan 'kawan' yg akan menjadi lawan :)
Bayangkan lah, sampai pagi2 tadi aku bangun perkataan Molasses tu masih meniti di bibir aku. Hahahah, kerja punya pasal. Lawatan aku tu juga beri aku idea dgn projek yg aku lead sendiri di samping aku tahu realiti industri. Walaupun projek leader aku ckp ada juga yg meluatnya pd aku, tapi die ckp perkara yg benar. Org dalam lab mcm aku tak tau realiti di luar. Diluar semua soal duit. Soal sources, bukan setakat lab2 scale yg tak dpt di apply oleh industri. So aku nmpak lah kekurangan bila saintis syok sendiri dalam lab. Maka berlaku lah lambak kan ilmu sains yg tak kemana pun. Mungkin situasi mcm ni dibolehkan dalam institusi pendidikan, tapi perkara ini tak boleh di biarkan bg institusi penyelidikan. Our work is for rakyat, menambah pendapatan rakyat, membantu rakyat meningkatkan ekonomi keluarga. Fuuuhhhh, motivasi diri sendiri ni sebenarnya :) Sedih bila tgk tulang empat kerat membanting tulang di field. Disitu la aku memainkan peranan. InsyaAllah :)
So hari ni, aku memang cuba digest every idea n info yg aku dpt beberapa hari lepas. Aku bersyukur sebab aku juga dikeliling staf yg berdedikasi n boleh aku harapkan. Again, aku mahukan "sahabat"! N now aku sedang teman tgk org tu mandi sambil berbual2 :p hahahah!!! I suka technology tanpa sepadan nih ! Suka-suka-suka!
Ayat motivasi untuk hari ini:
Hidup ini jihad :) Aku khalifah di dunia, begitu juga kamu :)
No comments:
Post a Comment