Salam semua...
Aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang kenalan hari ni. Perasaan terkejut dan sebak terasa sgt sebab kemalangan yang meragut nyawanya sebaik sahaja die call aku dan on the way untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Isteri arwah call aku tadi dan khabarkan pada aku. Aku sebak sgt, sbb mereka baru di ijabkabulkan 4 bulan lepas.
Memang betul arwah ada msg beberapa hari sebelum dan call tghari Jumaat tu. Tapi aku tak angkat, sbb rasanya missed call tu pun sekejap sahaja so aku tak perasan pun. Actually malam tadi isteri arwah dh msg tanya aku pasal ada tak arwah call aku hari Jumaat tu, tapi sbb msg die masuk kul 11.30pm, so aku tak balas la. Aku pun mcm pelik, die nk checking laki die ke msg aku mlm2.
Tiada kata2 yg dapat aku ucapkan selain beristighfar dan minta isteri arwah tabah dan jaga dirinya baik2. Aku bgtau bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi jauh disudut hati,, aku tau, tak de kata yg dpt meredakan kesedihan. Bak kata sis aku, tak terasa sakit melahirkan Miss Tiny dek kerana sakit pedih dalam hati melihat suami yg terlantar koma di hospital, bertarung nyawa bak telur dihujung tanduk.
Kenalan ni bukan ex atau skandal aku yer... pasangan ni memang supplier chemical aku yg terbaik! Cakap apa je aku nak, mesti barang sampai tepat waktu walaupun pembayaran tak proses lagi. Aku sebak, mengenangkan nasib isteri yg dh janda sedangkan baru 4 bulan nikah. Tapi, rasa nya nasib die lebih baik, sbb belum ada anak utk di besarkan. So apa2 pun kalau ada jodoh die dgn lelaki lain, tak la susah nk bawa dirikan?! Aku kenal die org dari masa die org bertunang 2 tahun sampai la aku terima berita ni. Selama ni aku hanya baca berita kat surat khabar kisah2 baru nikah dh kemalangan, kali ni kenalan aku sendiri... mcm tak percaya, tapi itu lah hakikat kehidupan kan?!
Isteri arwah minta aku halal kan kalau ada kerja2 arwah yg tak selesai dengan aku. Isterinya kata ada 2 barang aku yang tak sempat die hantar lagi. Arwah duk sebut2 nk dtg jumpa aku. Tapi aku bilang, aku halalkan. Tak pe la, setakat 2 barang, projek aku pun tak tamat.
Aku cuma berharap bila tiba masa aku nanti, aku nak kembali dengan keadaan aku bersedia dan semua tanggungjawab aku di dunia ni dh selesai.
Al-Fatihah
-------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment