Pages

05 July 2012

Bawak Kereta Hati2 :)

Asyik blog pasal perasaan je kan? Boring yek? Tapi tu je yg manusia ada utk mencetuskan penulisan (terkecuali bila kene buat penulisan saintifik dan fakta yer)

Bercerita tentang penulisan, aku happy lah sebab aku dh submit EP*R projek aku yg 2 tu. Setelah bertangguh sekian lama, akhirnya alhamdulillah Nur idea tu tiba juga pada aku. 3 hari berturut2 aku hasilkan penulisan - 2 hari siapkan EP*R dan semalam siapkan penulisan bab buku.... jgn tak caye aku yg x pandai menulis ni bole menyumbangkan penulisan dalam buku tau. HAHAHAHA, gelak dulu... bukan novel atau buku2 seumpamanya yer, sbb itu bukan bidang aku. Penulisan yg aku sumbangkan tu sebahagian KP*I keje aku, so kekaedahnya paksa rela la ni.  HIHIHI :))

Hari ni sebenarnya azam nk menulis lagi... ha... journal la pulak, tapi memandangkan dunia sains dan teknologi sekarang ni semua pun nk result statistik, aku memang lemah ler nk memasuk2 kan data experiment aku dlm software yg entah apa2 tu (aku yg sebenarnya x paham2, salahkan software bole?) KUIKUIKUI :))

Namun aku tekad mesti submit 1-2 paper tahun ni. Itu semua sbb aku nk sambung study cepat (kalau bos aku consider la keperluan professionalism aku ni). Kalau nk ikutkan semua nk kene ikut seniority. Dah tua gamak nya aku ni baru buat PhD! Otak pun dh karat2 ler time tu kan?! Ish, tp aku tetap percaya, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia nampak di dahi (hahahha, tak la) rezeki manusia siapa yg tahu..idak gitu kiah Propa???!!!!

Apa2 pun sebenarnya aku nk cerita perkara2 yg akan aku buat minggu ni, tapi tadi (biasalah ms time driving pikiran aku kan selalu berpusing2 utk menarik perhatian tension jem) aku terfikir nk berkongsi tips n tricks (eceh, mcm yo-yo orrr kan?!) driving di MRR*2. Sebagai pemula cerita, jln MRR*2 tu dh mcm isi dgn kuku aku ler gamaknya. Apa idak nyer, dh bertahun2 aku duk drive jln yg sama, hari keje ke, hari cuti ke, memang tu la jalan aku drive. Agak2 nya adalah 13 tahun. Dari jln tu sempit 2 lane, sampai sekarang dh jadi 6 lane. 

Masa driving setiap pagi dan petang (pegi-balik keje) aku selalu perhatikan pemanduan pemandu MRR*2. Dek sbb aku ni memang pengguna tegar jln tu, aku memang dpt bezakan yg mana pemandu tegar mcm aku dan yg mana kadang2 je guna laluan tu. Nak tau apa bezanya? Haaa ni yg aku nk khabaq mai ni...

Kalau pemandu tu pemandu tegar MRR*2, dlm keadaan geografi jalan dan masa2 peak pemanduan (yg selalunya clear-jem-clear-jem) kite dpt lihat betapa berhati2 nya pemandu tu semasa berada di kawasan HOTSP*OT  MRR*2.  MRR*2 ni jln nya berbukit2... bukit2 nya xde la tinggi sgt, tapi cukup utk membuat 5-6 kereta berlaga mcm kite tolak susunan domino tu... ha mcm tu la keadaan jln nya. 

Memang kalau x biasa, tempat HOTSPO*T MRR*2 ni mesti ada accident. Setahu aku belum la menelan nyawa manusia, tapi memang menelan belanja repair kereta. So tips nya...kalau drive kat MRR*2 tu, jgn la senang hati sgt bwk kereta 7 speed korang hanya kerana korang nmpak jln tu clear kebabai. SEBABNYA... sebaik shj korang dh tekan minyak kereta 7speed korang tu....PANG bercium lah nnti dgn kereta hadapan betul2 lepas turun bukit yg x berapa nk bukit tu. Kejadian ni aku saksikan sendiri suatu ketika dahulu. Masa tu aku ni memang la pemandu berhemah (di samping aku memang tau natijahnya) Adalah mamat berdua dlm kereta comel- kereta comel kan best melayang2 kalau bwk laju2... potong aku dgn senyuman. Aku x kesah pun (walaupun dlm hati aku berkata2- hai la, suka yer???) Kejap tu, at the blink of my sepet eyes... PANG kereta comel mamat tu mencium kereta Hon*da Acco*rd kat depan yg sedang berbaris jem lepas bukit. SEDAP TAK??? Tepuk dahi member...

Jadinya, melalui observation aku, tiap kali melalui kawasan HOTS*POT ini, memang kita boleh lihat biasanya pemandu2 tegar MRR*2 akan break2 manja at least jarak 2-3 bijik kereta sebelum mereka betul2 memberhentikan kereta dan berbaris dlm jem tu. Ini adalah step berhati2 kalau2 ada pemandu2 cerdik (tapi x berapa nk cerdik sebenarnya) yg  over confident memandu.  So tak de lah terlibat dgn pengeluaran belanja kereta nnti. 

Sekiranya korang merupakan pemandu bertuah duduk betul2 atas jln berbukit tu dan korang pun x pasti ada ke tak kereta yg sedang berbaris jln hadapan, tak salah korang break2 manja sikit sbg beri amaran kat kereta belakang... "Baik korang2 jaga2 sebelum korang ter-kiss kereta aku" - lebih kurang mcm tu la agaknya kalau kereta kite2 ni bole berckp. At least kalau kereta belakang dh nmpak lampu break tu, die org sempat la nk berfikir apa nk buat kan.

Antara tempat HOTS*POT MRR*2 -yg aku tau je la yeh...
1. Fly over yg lalu kat Hotel Flamin*go menghala ke ch*eras - kat sini baru 2 hari lepas aku nampak kereta KI* A dh tersadai kat tepi jln  (ada court) kalau x silap aku. Langgar tembok bangunan rasanya...Maybe hilang kawalan, sbb selekoh situ memang best kalau buat lumba kereta. Lagi satu, walaupun divider kat selekoh tu setinggi atas dr pinggang aku (hihihi alor hai, petite kah aku?) jgn tak tau, bas Met*ro pernah tersangkut atas divider tu ok!

2. Jalan lalu Taman Sha*melin - kat sini mungkin tak bahaya sgt, but kene be careful jgk la. Sebab jalan ni baru diperlebarkan dan jauh lebih selesa sekarang.

3. Jalan menghala Taman Sham*elin selepas Bdr Tas*Ik Se*latan - Kat sini la kereta suka bercium-ciuman!
Ini je la yg aku tau pun...MRR*2 yg ke atas lagi menuju Batu Cav*es aku x lalu la sbb aku dh sampai umah sebelum tu, hihihi :))

Tu je lah aku nk kongsikan. Aku bukan apa, sebagai peringatan utk diri aku jugak. Mintak di jauh2 kan lah perkara2 accident ni kan... sape yg nak?. Tapi kalau ada ingat masa driving tu InsyaAllah yer... sama2 kite renung2 kan dan selamat Ber*amal :))

p/s: Aku nk pg main paintball weekend ni, doakan aku berjaya :) -mcm pro je gaya nya kan?!
Aku nk celebrate birthday panda weekend ni jugak...harapnya badan aku xde lebam2 la lepas main paintball ada dinner date pulak tu  :)

I Love Myself :) U should love yourself too, weeeeee!!!

No comments: