Pages

03 April 2012

a post from the past....

What if?! (12/7/2007)

hmm. minggu lepas nenda aku meninggal. rasanya hanya aku dan adik aku je cucu yg tak mengalirkan airmata... kenapa?

tertanya2 dlm diri kenapa kami tak mengalirkan airmata.adik aku lagi best, siap tertido sampai jenazah dah di bawa ke kubur. aku pulak tak pegi cium arwah buat kali terakhir... kenapa?

terfikir aku kenapa.... berhari2 aku memikirkan nya. hari ini aku temui jawapannya. aku cuma ade atok dan nenek pada nama. aku ade sepupu sepapat, pakcik makcik hanya pada nama. tak kesah lah sebelah mama atau papa. sama saje. ape ini trend org sekarang ke? tak jugak, aku tengok org lain ok aje. sikit2 nenek, kamcing dgn sepupu sepapat. aku? adik aku?

Hari ini aku tau, apa yg aku benar2 ade hanya papa, mama dan adik. (PERHATIAN: syg bab lain yer) ape2 yg berlaku aku dlm circle aku sendiri. siapa yang bertanggungjawab membina circle ini? semestinya mama! aku tak salahkan die. aku setuju dan ade kala tak setuju... 50-50

Arwah nenek (mak papa) yg pegi 2 hari sebelum Raya Haji ari tu benar2 buat aku terfikir. aku tgk mcmmana makcik aku menangis sampai bengkak2 muka, walaupun hakikatnya die hanya anak angkat. aku? mcmana keadaan aku kalau mama atau papa pergi nanti? pengsan mungkin? atau aku harus kuat sbg yg sulung?! aku tak dpt nk pikir, sbb mesti aku sebak. aku tak de sesiapa. pada bahu siapa aku nk jatuhkan kepala aku? adik aje kan. itupun kalau die ade...

arwah nenek, memang aku tak rapat, hanya jumpa sekali setahun, itu pun hari raya. tapi best jugak. walaupun cucu terpiggirnya ini jarang dpt berjumpa, arwah mesti masak sedap2 kalau kami dtg. kuih cucur gula melaka kegemaran aku n adik, popiah basah manis pedas dan gulai lemak cili api daging kerbau, mmm yum2 sedap! lepas ni tak de sape nk buat kan? menyesal pulak aku tak belajar. makcik aku buat tak sesedap arwah buat.

Aku memikir lagi... kenapa mama buat circle itu? daripada ceritanya aku tau knp... sbb mama ade physco sikit hahahahah! (aiyo aku ade darah daging physco! ) bukan ape, mama terasa diri di pinggirkan oleh mak sendiri, iaitu nenek aku. baik seblm kahwin n after kahwin ngan papa. yer la mama di besarkan oleh nenek, papa pulak bukan nya graduat universiti terkemuka spt pakcik2, makcik2 aku yg lain. atas dasar itu, mama membuat circle nya sendiri. susah senang hanya kami ber-empat! tiada org ke-5. menangis ketawa, hanya kami ber-empat. kemana pun hanya kami ber-empat.

bonding aku dgn mama, papa dan adik terlalu kuat. bonding yg kuat ade baik dan buruknya. buruknya, segala ape kite buat mereka mesti tahu. hahahha,itu la yg kadang2 buat aku biol. aku jadi budak nerd yg bertauliah. adik aku pun jadi gitu jugak. tapi masing2 memberontk di kala umur masing2 20 tahun. mcm2 hal... tapi still hanya kami ber-empat yg selesaikan. atas dasar circle yg mama bina, kami menjadi kuat.

aku nk jadi sekuat mama. tapi kadang2 tu terdetak jugk hati tgk org lain manja2 dgn nenek, sekepala dgn sepupu sepapat. pergi cuti sama2... aku hanya ber-empat. tapi syiok jugak, byk kepala, byk masalah. betul tak?!

semenjak dua menjak ni, bila aku dan adik dh mula menunjukkan belang barulah terbuka mata2 yg sepet dulu. baru nampak kewujudan mama dan papa. aku dan adik bangga jadi anak mama dan papa. terima mama, terima kasih papa.... apa akan jadi kalau mama n papa tak de nanti?

aku sendiri :(

(today 3/4/2012, i am still standing strong utk mengharungi hari2 mendatang.... papa boleh harapkan @#$.... itu janji @#$ )

No comments: