berkali2 aku taip, berkali2 jugak la aku delete. tak tau apa nk tulis, sedang dlm otak ni sentiasa byk benda yg nk diluahkan. tapi pd siapa? manusia terlalu byk masalah sendiri yg nk diselesaikan. org lain takkan mampu selesaikan masalah kite. apa yg mampu die org buat hanya dgr n bg opinion.
dh lama giler baben aku tak tulis blog. hilang mood? boring? xde semangat? semua alasan2 tu betul... bila baca blog lama, lenggok bahasa aku pun sgt berbeza. yg nyata aku bukan Asya yg dulu. 3 thn merubah segala2nya...merubah semangat, keyakinan, hala tuju hidup... . adakah 3 tahun itu merubah aku menjadi seorg yg lebih baik? pd aku tidak. aku menjadi seorg yg cepat patah semangat, walau berkali aku cuba bangun utk berubah. adakah kerana aku tidak lagi dikelilingi mereka yg byk memberi semangat pd aku? aku rs yer...aku hilang inspirasi!
kalau la org yg sayang aku baca, mesti die org kecewa. mesti die org rs tak berguna, sb x dpt bagi aku semangat utk hidup. memang betul aku tidak lagi dikelilingi mereka yg byk memberi inspirasi, tapi aku harap bila aku dh mula menulis blog ni, aku akan dpt semangat baru. mungkin aku x bersemangat sb aku takde tempat utk meluahkan perasaan hati aku. aku x percaya pd sesiapa kecuali diri aku. setiap kali aku stress, aku hanya mampu berckp sorang2. samada depan cermin or dlm toilet (bole? hahhaa, kelakar, but the best medicine tat i can get, even for a while)
blog baru aku ni harap2 nya akan jd tempat aku luahkan 70% hidup aku... at least...kan blog?! sbb aku tak mau end up jd gila meroyan, nangis sorang2, hentak2 kepala...hahhaha!!! nasib aku x pandai panjat dinding... (makcik aku bole tau! hahahha,aku x pernah tgk, tp mama ckp, die pernah tgk)
aku tersenyum sorang2 kalau aku baca apa aku tulis... (apa la yg kau merepek ni labu....) --- ada aku kesah, blog aku, suka aku la nk tulis yeh?!
blog lama aku tinggalkan privasi...sbb byk kenangan hidup aku 5 tahun lepas. aku x sanggup nk baca, apa tah lagi melihat gambar2 kenangan aku dlm tu. aku nk ia berkubur bersama masa. aku tak mau toleh belakang. semuanya kenangan. walaupun indah, aku x mau tgk. biar ia dtg sekali sekala dlm fikiran aku atau terpintas di mata aku, setiap kali aku melihat sesuatu yg familiar pd aku.
blog..temani aku. at least bg aku ruang utk melapangkan dada aku selain ketika aku menghadap Ilahi...
No comments:
Post a Comment